Seminggu je bertahan, last-last pergi beli jugak graphic card. Tu la orang kata.. nafsu ni susah nak kawal. Hahaha. Tapi nak buat macam mana, alasan kukuh dah standby.. sebab nak counter demand worldwide punya pasal. Pandemik Covid19.. Semiconductor shortage, banyak barang elektronik pun shortage termasuklah graphic card. Cewah.. okay tak alasan?
Pergi ke Lowyatt Plaza pun daripada satu kedai ke satu kedai, bila tanya graphic card.. majoriti akan kata graphic card hanya dijual bundle dengan set PC baru. Lebih menyedihkan lagi bila nak beli tu pulak, pilihan jenis graphic card pun dah limited. Tengok list, banyak yang dah not available. Graphic card yang murah dan pocket friendly for sure memang akan sold out. Yang tinggal hanyalah graphic card harga kayangan. Pfttt.
Tapi, dalam kesulitan mencari graphic card yang diinginkan.. kira bernasib baik jugak lah aku ni sebab terjumpa satu kedai yang promoter dia boleh kawtim.
Tanya dia.. boleh ke tak nak beli graphic card saja tanpa bundle dengan PC, dia cakap boleh. Cumanya bila dah mintak gini gaya.. seller kata harga dia akan jadi mahal sikit.
Ahhh.. tak kisah lah.. penat mencari satu bangunan punya pasal.. malas dah nak tunggu lagi lama untuk dapatkan graphic card, maka aku pun setuju je. Dapat lah beli GTX 16 series iaitu MSI GeForce® GTX 1650 D6 VENTUS XS OC.
Walaupun niat asal nak cari GPU yang ada dual port HDMI, tapi dapat yang 1 port HDMI pun kira dah okay buat masa ni dan kena dengan selera dan budget.
Pasang sendiri graphic card MSI GeForce® GTX 1650 D6 VENTUS XS OC
Pada mulanya bila dah beli graphic card ni risau jugak macam mana nak pasang. Almaklumlah, tau teori sikit-sikit je. Dari segi praktikal.. kelaut. Tapi bila buat bacaan balik, dapat tahu benda ni plug and play saja.
Compatible pulak dengan Windows 10. Bukak side panel casing CPU, baringkan PC. Cucuk graphic card pada PCIe slot, connect cable dari PSU ke GPU. Turn on PC, selebihnya OS Windows 10 akan auto run install driver.
Tup tup.. dengan kepantasan SSD NVMe M.2 kat dalam custom PC aku ni.. proses install driver semua tu siap dalam berapa second je.
Alhamdulillah. Yes.. akhirnya dah cukup semua benda dalam custom PC aku. Buat masa sekarang aku dah cukup puas hati dengan custom PC aku ni. Dah la laju, graphic cantik.. laju pulak tu. Cuma nanti kalau ada duit lebih, boleh consider tambah water cooling fan pulak kot.. Eh.. Tetiber.. Hahaha.
I wish I had my own custom PC too. 😀 Wow!
dah boleh la menuju menjadi seperti maharaja soloz hehe..ngedit video pon terbaik ni..ade gc yang dah up