Alhamdulillah, tercapai juga hasrat aku untuk buka CDS akaun dan beli saham yang pertama. Saham biasa je untuk try & error.
Walaupun pada asalnya niat aku untuk buka CDS akaun ini disebabkan tertarik dengan pembelian IPO, tapi bagi aku, alang-alang nak belajar main saham.. baik main online stock juga kan.
Dengan bantuan forum-forum pelaburan yang bersepah-sepah di Internet, rasanya tak adalah susah sangat untuk aku memulakan langkah pertama. Cuma kena rajin membaca dan digest betul-betul ilmu yang dikongsikan oleh rakan-rakan forum.
Tapi sekarang ni.. nak kata aku dah pandai, tak ada lah pandai sangat. Setakat ada orang minta tunjuk ajar bagaimana hendak mendaftar akaun CDS tu insha-Allah aku boleh ajarkan.
Cuma kalau bab-bab pembelian saham dari kaunter mana yang baik dan menguntungkan, itu aku masih perlukan bantuan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
Anggap sahaja lah info yang aku perolehi dari forum-forum ini cuma teori yang dibaca daripada buku-buku teks sekolah yang masih memerlukan cikgu untuk mengajar secara praktikal. Hehehe.
Info:
Nak buka akaun CDS mudah je rupanya. Macam aku tempoh hari, just pergi ke Maybank Investment Bank di Dataran Maybank, Jalan Maarof dan bagitahu pegawai bank yang bertugas bahawa aku hendak membuka akaun CDS untuk IPO. Bayaran sebanyak RM20 dikenakan dan selang beberapa hari, aku menerima 2 pucuk surat. Satu daripada Bursa Malaysia dan satu lagi daripada Maybank Investment Bank yang menyatakan akaun CDS aku telah ready, begitu juga dengan trading account.
p/s: Berminat untuk belajar saham? Boleh juga baca daripada ebook Sistem Saham.
untung la apis dah pandai main saham
ko blajar betul2 apis.. nnti mai ajar aku.. hehehehe
Mesti la blaja betul2 bro.. asyik tengok orang lain je seronok..kita bila lagi. Hehe
gua pun masih banyak lagi kena belajar pasal nak main saham nih.
Gua ada saham syarikat. tapi sampai skrg belum belajar detail khusus untuk jual beli saham yang lain.
kena belajar gak lah. tolong ajarkan.
beli saham petroleum…simpan lama-lama..hoho..dah RM20 skarang ye..gitu rupanya..tahniah..ehem..kaunter apa ko beli?hehe
Tahniah sebab dah berjaya beli saham yg pertama. Nak faham selok belok pelaburan saham ni memang mencabar sikit. Sampai sekarang saya masih terkial-kial lagi. 🙂
Teringin juga nak belajar tapi modal blom cukup nak start main saham…
semoga sukses bro. kena belajar main saham, memang tak boleh redah, sebaiknya asa sifu.
Insha Allah.. mohon tunjuk ajar ye rakan-rakan yang berpengalaman especially bro DH juga.
mentor saham suami saya pesan
“jika main saham, hasilnya juga akan main main”
tapi, jika
“buat pelaburan saham + ada mentor insyaAllah, hasilnya lumayan”
mula2 memang excited… bagi yg tegar dan kebal rugi beberapa kali…pasti org tu terer main saham… masalahnya dia bole ambil masa yg lama jugak..
Ramai orang main saham sekarang duit berkepuk2, nanti bolehla buat entry khas ye
baguih! ni yg rase nok belajor jugok ni…
selamat bro, semoga sukses