Bila terjaga tengah malam untuk menyusukan Haziq, tiba-tiba terimbau memori beberapa bulan yang lepas. Rasa macam cepat sangat masa berlalu, pejam celik pejam celik, Haziq dah nak masuk usia 5 bulan.
Teringat akan dua bulan pertama menjaga dia selepas keluar daripada wad NICU, tiap-tiap malam wajib menangis hinggakan ada waktu aku atau isteri terpaksa ambil cuti keesokan harinya kerana pening tak cukup tidur.
Tapi itu cerita dulu, cerita yang membawa kepada sedarnya kitorang akan keadaan Haziq yang ada sawan tangis.
Dan kini, berkat doa, kesabaran dan usaha untuk bawa Haziq berubat kampung, sekarang sawan tangisnya itu dah hilang. Alhamdulillah.
Menangis, cara untuk bayi berkomunikasi dengan orang dewasa
Berkongsi pengalaman menjadi bapa kepada 2 orang anak, membawa aku kepada pemahaman dimana menangis adalah cara untuk bayi berkomunikasi dengan kita.
Tak dinafikan tangisan pertama bayi setelah dilahirkan adalah petanda baik kepada kesihatan bayi. Namun, tangisan-tangisan mereka selepas itu terbahagi kepada beberapa corak tertentu.
1. Menangis kerana lapar
Selalunya bayi yang menangis kelaparan akan menunjukkan respond dengan menggerak-gerakkan tangannya ke mulut dan mengangakan mulutnya. Tangisan ini kebiasaanya bermula dengan perlahan dan sedikit demi sedikit akan menjadi lebih kuat sekiranya tidak dihiraukan. Adakalanya jika terlambat menyusukan mereka, berkemungkinan bayi akan merajuk sekaligus akan menyukarkan lagi keadaan apabila perut mereka mula masuk angin.
2. Menangis kerana marah
Bayi yang marah akan menangis dengan kelopak matanya setengah tertutup, manakala anak matanya melilau seperti mencari sesuatu. Mulut mereka akan sedikit terbuka ataupun setengah terbuka, diikuti tangisan yang bermula dengan perlahan dan akan menjadi lebih nyaring, batuk-batuk buatan ataupun menjerit jika lebih marah.
3. Menangis kerana takut
Ketika bayi sedang takut kebiasaanya mata mereka akan terbuka sepanjang waktu. Matanya akan terbeliak ataupun mendongak memandang ke suatu arah dengan pandangan yang tajam dan ketakutan. Bayi ini akan melonjakkan badan dan menggerakkan kepalanya ke belakang. Manakala tangisannya terus kuat. *Selalu terjadi apabila anak ada sawan tangis
4. Menangis kerana sakit
Apabila kesakitan, bayi akan menangis dengan keadaan matanya tertutup dan terbuka hanya beberapa saat sahaja. Mukanya kelihatan tegang di kawasan mata dan akan mengerutkan keningnya. *Contoh terbaik, apabila bayi dicucuk vaksin imunisasi. Mereka menangis kerana sakit dicucuk jarum.
5. Menangis kerana sedih
Selalunya menangis kerana sedih ini melibatkan bayi yang sudah tahu mengawal perasaan mereka; pandai tersenyum, pandai bersuara dll. Tangisan mereka mendayu-dayu seperti meminta belas kasihan diikuti dengan memek muka yang comel (jebek).
Part kena kacau tu yang aku pantang.
haha..
sape suruh kacau anak aku kul 2-3 pagi.
aku nak tido tau.
tak pasal-pasal..bergaduh malam tu dengan benda tu.