Batuk Tak Berkurang, Terpaksa Rujuk Pakar

Dua hari terpaksa berulang alik ke KPJ Kajang untuk rujuk kes batuk Haziq. Dah makin teruk.

Sebelum ini ada juga wife cuba cara tepuk percussion dan petua menggunakan sireh untuk melegakan batuk, tapi nampaknya agak kurang sesuai buat Haziq.

Diawal percubaan, nampak batuk dia berkurang. Tapi selepas beberapa ketika, cara dan petua ni dah tak berkesan.

Batuknya makin kuat hinggakan setiap kali batuk, merah padam muka Haziq (sesekali ternampak dia telan kahak).

Aduhai..

Nak disuruh buang kahak yang keluar tu sah-sah dia tak pandai, yang dia tahu buat.. telan!

Jadi disebabkan risau takut batuknya terkesan pada paru-paru pula, terpaksa kitorang decide untuk bawa Haziq berjumpa dengan pakar di KPJ Kajang.

Kunjungan pertama ke KPJ malam kelmarin di bahagian Emergency, terus diberikan neb pada Haziq.

Keesokan harinya semasa follow up dengan paediatrician pula, sekali lagi terpaksa ambil neb memandangkan kahak Haziq agak pekat.

Dibekalkan antibiotik, dan 2 jenis nebulizer untuk penggunaan dirumah supaya batuknya reda dan berkurang, hopefully Haziq dapat recover dengan cepat. Kesian weh tengok dia sakit, lepas satu-satu dugaan.. sabar ye Haziq. Daddy dan ibu jaga Haziq.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    (Baru) Muzik Video Rasmi “Pejamkan Mata” Deep Seperti Liriknya Juga

    Aplikasi Verify Halal, Cara Mudah Untuk Semak Status Halal Sesuatu Produk