Bantu Membantu Amalan Mulia

Setiap individu itu dijadikan unik dan mempunyai 1001 kisah yang dipanggil asam garam kehidupan yang boleh dicoretkan untuk dikongsikan bersama. Ada sebahagiannya mampu dijadikan sumber inspirasi dan ada juga yang boleh dijadikan sebagai iktibar dan tauladan dalam menempuh kehidupan seharian.

Maka apabila diberi peluang untuk menulis dalam usaha menyokong Projek Listen Prudential dan menjadi sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat yang dinamakan ChikaPowWow –“I Care 2 Share”, hati kecil Hafiz terdetik menyatakan ini adalah salah satu sumbangan kecil yang dapat Hafiz lakukan untuk masyarakat majmuk Malaysia.

Setiap cerita yang dibaca dan dikongsikan kepada umum adalah bersamaan RM1 yang akan didermakan kepada tabung PRUKasih. Walaupun nilai ini kedengaran kecil, ianya amat besar bagi golongan yang sangat memerlukannya. Bagi yang belum pernah mendengar tentang projek PRUKasih, ianya merupakan projek tanggungjawab sosial korporat yang menyediakan bantuan kewangan bagi golongan yang memerlukan.

Di sini Hafiz telah coretkan satu cerita untuk tatapan pembaca. Diharap coretan ringkas ini dapat mengukir senyuman buat semua pembaca di samping membantu mereka yang memerlukan, Projectlisten.com.my/hafiz_story.

p/s: Tolong menolong amalan mulia. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita semula.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *