Bantal Busuk Penyelamat

Melalui cerita yang disampaikan daripada mulut bonda Hafiz sendiri..dulu semasa kecil, Hafiz ada satu tabiat yang sukar dibendung..iaitu gentel kain bucu bantal busuk sebelum tidur. Bantal yang pada mulanya dalam berkeadaan normal, lama kelamaan ada bucunya mengeras sedikit demi sedikit sehinggalah kainnya terkoyak.

Baby-khair-bantal-busuk

Sama juga dengan Khair, juga ada tabiat bantal busuknya sendiri. Cuma dia agak berlainan sikit. Khair bukan jenis yang suka gentel bucu bantal busuk..tapi dia terlalu obses dengan bantal busuknya sehinggakan kalau tak ada bantal busuk, dia akan jadi tak senang duduk sama seperti cacing kepanasan. Bila je bantal busuk ditangan, terus dipeluk ciumnya seperti dah seminggu tak berjumpa. Hehe.

Bantal busuk Khair yang dulunya bulat penuh dengan kekabu, sekarang dah jadi nipis macam kain buruk. Pergi mana-mana kena pastikan bantal busuk sentiasa ada, jika tidak pasti akan jadi mimpi ngeri. Hehe.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Tabiat Hafiz ni sama macam anak Sulung saya Haikal… Suka gentel “Bucu Tajam”.. Tapi sejak Haikal masuk Pra sekolah ni, lama-lama tabik tersebut dah hilang… Sekarang Haikal dah tak menggetel bucu tajam lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu Mahal

Astro Celebrates Merdeka