in

Bank Negara Malaysia: OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan


Melalui kemaskini terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia, OctaFX adalah syarikat baru yang dimasukkan dalam senarai amaran pengguna kewangan. Ini bagi memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan dibawah undang-undang.

Seperti ramai sedia maklum, Suruhanjaya Sekurity juga telah sedia maklum membuat penyenaraian yang sama, dan kini BNM turut menambah OctaFX dibawah senarai tersebut.

Hal ini mungkin kerana kelihatan pihak OctaFX menggunakan selebriti yang berpengaruh untuk mempromosikan perkhidmatan tersebut walaupun tidak mempunyai pengesahan dan kebenaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang program yang tidak dibenarkan atau mempunyai kelulusan dibawah undang-undang di Malaysia.

Nota kaki: Jauhi lah yang haram. Kalau rasa nak berdagang secara online, daftar je CDS. Buat urusniaga pelaburan saham secara sah. – Belajar saham


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *