Tiap tahun tak boleh kata tak pernah miss lagi berbuka di Bangi Golf Resort, iftar Ramadan bersama rakan-rakan. Seronok weh dapat makan sambil berborak-borak. Kenangan betul.
Tapi disebabkan tahun ini bulan Ramadan dalam tempoh PKP, rutin nak berbuka puasa pun dah jadi berbeza. Tiada lagi majlis-majlis iftar di restoran-restoran ataupun hotel, malah semua orang mula berbuka puasa di rumah je. Dalam hati.. aduh, mengidam lah aku nak makan makanan BGR. Hahaha.
Nak dijadikan cerita, rezeki aku barangkali.. walaupun masih dalam PKP, Bangi Golf Resort tak lupakan pelanggan mereka bilamana mereka hadir dengan satu kelainan baru untuk Ramadan kali ini apabila segala juadah berbuka yang mereka hasilkan, ditawarkan penjualannya melalui platform e-dagang; BGR SPEEDMART. Tambah menariknya lagi, segala juadah yang disediakan adalah menggunakan teknologi masak-beku.
Yes.. teknologi masak-beku maksudnya disini, makanan dah dimasak kemudian dibekukan (frozen). Korang tak salah baca ya, waima nasi ke, lauk ke, kuih ke.. semua didatangkan dalam bentuk masak-beku. So apabila korang nak makan nanti, cuma panaskan saja.
Tapi best ke makan juadah berbuka yang dah dimasak-beku ni?
Haa.. yang ni la aku nak ceritanya. Semalam merupakan hari yang dinanti-nantikan yang mana seawal jam hampir 2 petang aku telah menerima delivery juadah makanan BGR SPEEDMART yang telah dipesan.
Kemudiannya bila dah masuk waktu petang, dalam pukul 6 hampir-hampir kepada waktu berbuka.. baru lah aku siap-siap panaskan juadah tersebut untuk berbuka puasa.
Haa.. kalau korang perasan, kalau ikutkan pukul 6 tu macam tak cukup masa je untuk sediakan juadah berbuka kan? Sebenarnya tak.. Memandangkan semua juadah yang disediakan BGR ini adalah masak-beku, jadi kerja aku disini hanya perlu panaskan je semua makanan tersebut.
Macam kuih-muih hanya memerlukan aku untuk panaskannya dalam tempoh 10 minit. Manakala juadah nasi dan lauk pula, ambil masa hanya 20 minit. Tak lama pun.
Dan satu perkara yang paling buatkan aku rasa kagum, apabila korang hanya perlukan air panas yang telah mendidih untuk memanaskan juadah-juadah berbuka daripada BGR ini. Taruk je semua makanan yang dah tersedia dalam beg plastik masing-masing ke dalam air panas tersebut, kemudian tunggu.
Sumpah senang weh.. lagi senang daripada masuk dalam microwave. Sebab kalau nak panaskan dalam microwave, kena tunggu dan masuk sikit-sikit. Tapi kalau masuk dalam air panas, masuk sekali je banyak-banyak dalam satu periuk besar. Huhuhu.
So selepas semua dipanaskan (aku panggil rebus je hahaha).. maka terhasillah hidangan seperti dibawah. Nampak tempting kan.
Of course la tempting.. kalau tak takkan Khair bagi 10 bintang. Paling dia suka lauk ayam tu.. makan tak pandang kiri kanan. Huhuhu.
By the way, kalau korang nak cuba sendiri juadah-juadah berbuka dari Bangi Golf Resort ni.. korang boleh buat pesanan secara online melalui www.lazada.com.my/bgr-foodservice. Dimana terdapat beberapa menu daripada 2 jenis pilihan iaitu:
- BGR SPEEDMART – hidangan untuk berbuka untuk 4-5 orang (RM49.90 untuk satu set) yang menawarkan Makanan Melayu dalam menu termasuk Rendang Ayam, Kari Ayam, Ayam Masak Kicap Pedas, Ayam Masak Ros, Ayam Masak Lemak Cili Api dan Gulai Ayam dihidangkan Bersama Nasi Briyani Basmati atau Nasi Minyak Basmati.
- Manakala BGR Iftar On Demand – merupakan pakej istimewa untuk 3 hingga 5 orang pada harga RM99.90 satu set, yang menawarkan Kambing Bakar, Indian Chicken Varuval, Kurma Daging, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Nasi Minyak Basmati, Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Chicken Satay with Peanut Sauce, Assorted Kuih Muih, Assorted House Desserts, Milo Agar-Agar dan minuman Mocha.
Untuk makluman korang, plastik yang digunakan dalam pek vakum makanan BGR ini diperakui selamat dan boleh digunakan untuk memanaskan semula makanan melalui penggunaan air mendidih. Dan yang paling penting juga, produk BGR SPEEDMART ini telah mendapat pengiktirafan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (Mesti) dan sijil halal daripada Jabatan Kebajikan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
sejak 3 tahun kebelakangan ini x pernah miss berbuka puasa di BGR, tahun nmpknya sekadar berbuka dirumah.