in

Baik Pulih Intan Payung Samsung Galaxy S3


Susulan kes Samsung Galaxy S3 gua yang tiba-tiba blackout tempoh hari.

Mood gua sudah berbalik kepada sedia kala. Terima kasih diucapkan kepada Service Centre Samsung Petaling Jaya (Plaza Servis) diatas layanan baik yang diberikan dan juga servis yang pantas.

Sebelum ini gua sendiri tidak menyangka bahawa proses menuntut waranti Samsung akan selesai dengan sebegini mudah tanpa melalui proses yang merumitkan.

Bermula dari langkah pertama masuk ke dalam premis Service Centre Samsung, yang diperlukan hanyalah dengan mengisi borang tuntutan (claim), mengambil nombor giliran, pemeriksaan kerosakan fon, semakan stok alat ganti dan sekiranya stok alat ganti tersedia..tunggu sahaja proses baik pulih siap dilakukan. Bumm..Siap!

Service Centre Samsung_plaza servis

Setakat apa yang gua lalui ini, kesemua proses yang telah gua nyatakan diatas mampu disiapkan dalam tempoh masa 3 jam sahaja. Kemudian fon yang telah siap dibaiki dipulangkan tanpa dikenakan sebarang bayaran ataupun syarat.

Alhamdulillah..Yeah..lega yang teramat. Selain gua dapat kembali ke dunia online, dapat juga gua selamatkan ratusan ringgit duit gua daripada melayang begitu sahaja. Jika tidak jawabnya, terpaksa gua dan isteri ikat perut sementara menunggu gaji akhir bulan. Hehe.

Okay..Cakap banyak pun tiada gunanya. Fon dah dapat, semua data pun masih maintain. Tiba masanya untuk gua selesaikan kerja-kerja yang tergendala. Jadi, untuk mengakhiri bebelan gua hari ini..gua ada satu nasihat.

Disebabkan Service Centre Samsung Petaling Jaya (Plaza Servis) ini merupakan HQ kepada semua pusat servis, sekiranya terdapat masalah terhadap produk-produk Samsung yang korang telah beli..gua sarankan korang semua untuk terus berurusan dengan pegawai-pegawai khidmat pelanggan di sana. Ini bagi mengelakkan sebarang kelewatan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Contoh terdekat seperti adik gua; claim waranti untuk tukar set baru Samsung Galaxy S3 Mini yang rosak beberapa hari sebelum raya, sampai sekarang masih belum dapat.

Nota: Landmark untuk ke Plaza Servis cukup mudah. Bersebelahan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) dan berdekatan dengan bangunan Avon. Dari Shah Alam, ianya disebelah kiri korang. Manakala jika dari Kuala Lumpur, ianya disebelah kanan korang.

p/s: Sayang #Samsung ketat-ketat. Hehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Saya baru ni hantar S4 kat Lowyat, sepatutnya 1-2 jam dah boleh siap, tapi saya tinggal 1 minggu sebab minta pihak diorang selesaikan beberapa masalah berkenaan dengan phone S4 Saya.

    La ni dok pakai Blackberry terkial2 nak bermsg hiihihi.

  2. salam nk tanya.waranti tuu mcm mnee ye. ?? Kalau beli kat kedai laen tp msih ade waranti. free jugk kee pegi repair kt samsung service tu??

  3. As salam bro.

    Kat borang tu apa yg perlu ditulis?
    Sebab kes saya ni dapat hadiah lucky draw. Tapi dah register warranty. Masalahnya surat pembelian tak ada la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *