in

Bahaya Microsleep Ketika Memandu


Aku percaya majoriti yang nak balik beraya nanti mesti akan plan untuk memandu kereta sendiri kan? Well.. Kalau apa yang aku kata itu salah, bagus. Sebab korang adalah diantara golongan yang berfikiran bijak untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas nanti walaupun benda tu mustahil untuk berlaku. Hahaha.

Jika ya pulak, aku ada beberapa soalan aku nak tanya. Korang dah servis kereta ke belum? Brake pad haus, minyak enjin dah hitam, tayar botak.. Haa, semua tu dah periksa ke?

Haa, kalau semua itu dah diperiksa, Alhamdulillah. Semoga perjalanan korang dipermudahkan dan tiba di kampung masing-masing dengan selamat.

Cuma.. sebelum korang balik beraya nanti, satu je info aku nak share. Dan sebenarnya, info ini bukanlah terhad pada korang nak balik raya saja, malah sekiranya in future korang kena outstation jauh-jauh, kena drive pulak tu.. harap korang take note benda yang sama untuk keselamatan korang.

Tapi.. apa benda yang aku maksudkan tu? Ini haaa.

Microsleep – iaitu istilah bagi suatu kejadian dimana korang tertidur tanpa disengajakan dalam tempoh yang amat singkat, selalunya berlaku diantara 2 hingga ke 30 saat.

Actually kalau tengok dalam media massa sekali pun, banyak dah kita dengar kemalangan jalan raya yang berlaku adalah akibat daripada “terlelap” masa memandu. Jadi, untuk makluman korang, berlakunya “microsleep” ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:

  1. Badan terlalu penat, tapi dalam masa yang sama korang masih memaksa diri untuk berjaga.
  2. Pemanduan jarak jauh ataupun mata korang dah terlalu lama mengadap komputer.
  3. Kurang tidur, atau berlaku kemurungan dan secara psikologinya adalah penat.
  4. Ataupun, korang sedang melakukan aktiviti yang berbentuk “monotonous”, contoh yang paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

4 faktor ini menjerumus kepada kemungkinan yang sama, yakni kemalangan. Tak kisahlah sama ada kemalangan kecil ataupun besar, namun sekiranya berlaku kemalangan pasti ada pihak yang terpaksa menanggung kesannya sama ada dari segi kewangan ataupun emosi. Itu yang kita cuba elakkan.

So, macam mana nak elakkan daripada berlakunya microsleep?

Cara paling mudah ialah “power napping”, iaitu berhenti memandu dan tidur sebentar diantara 15-30 minit. Bagi peluang badan korang rechage balik ambil tenaga baru, hilangkan mengantuk. Dengan cara ini bila mengantuk dah hilang, barulah kita boleh fokus pada pemanduan kan.

Kena ingat.. Nak balik beraya untuk berseronok, berjumpa ahli keluarga yang dah lama tak berjumpa. Bukan untuk memberikan khabar sedih buat keluarga yang sedang menunggu dikampung. Gittew.

Last but not least, aku kongsikan juga infografik berkenaan dengan 8 petanda awal yang boleh menyebabkan korang berdepan dengan kejadian microsleep.

Kalau benda ni terjadi korang masa memandu, dan korang pulak tak ada 2nd driver yang boleh ganti korang. Cepat-cepat lah cari tempat sesuai untuk berehat ye. Biar lambat asal selamat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Aku kenkadang kalau tengah main game dekat hp, pun boleh microsleep juga….

    Tapi bila memandu, memang selalu berhenti tidur kejab.. tapi kejab tue, kenkadang makan masa 4-5 jam juga hahahah (lama gila nak charge tenaga balik)

    • Gua pernah microsleep zaman couple2 dulu je. Layan SMS sampai terlelap. Tapi microsleep bukan kejap.. sampai subuh terus. Dah jadi macam tidur mati terus. Hahahaha.

  2. Microsleep ni pernah jadi. huhu. kalau bawak laju memang bahaya, tapi nak elakkn ngantuk, kena bawak laju. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *