Percutian adalah sesuatu pengalaman yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Terutamanya bagi mereka yang penat bekerja, inilah satu-satunya masa yang paling ideal untuk mereka merehatkan minda dan juga melepaskan diri daripada bebanan di pejabat.
Seperti yang diketahui, kadang-kala perbelanjaan dalam sesuatu percutian mampu mengheret kita untuk berbelanja di luar kemampuan walaupun sebenarnya percutian itu hanya didalam negara sendiri. Maka disebabkan itu terdapat beberapa tips percutian dalam Malaysia yang ingin aku kongsikan supaya ianya boleh dijadikan bahan rujukan kepada pembaca semua.
- Destinasi pilihan
Ia adalah faktor terpenting bagi sesuatu percutian, lebih-lebih lagi kepada orang yang mempunyai bajet yang terhad. Ini kerana pemilihan destinasi pelancongan itu sendiri haruslah dilihat dari segi kemampuan kewangan semasa. Tidak guna sekiranya tempat yang ditujui itu memerlukan perbelanjaan yang besar, tetapi keseronokan yang bakal diperolehi sama seperti lokasi percutian lain yang hampir sama dan lebih menjimatkan kos seperti contoh Sunway Lagoon dan Gambang Waterpark. - Pakej promosi
Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk berjimat adalah dengan mencari tawaran diskaun ataupun promosi-promosi menarik yang boleh didapati ketika berada di lokasi percutian. Lebih baik juga sekiranya info-info sebegitu dikaji terlebih dahulu melalui laman-laman blog ataupun forum-forum seperti Cari.com.my, Lowyat.net, kerana kebanyakan daripada mereka telah mempunyai pengalaman ketika berada disana. Semak juga akan kes-kes penipuan yang pernah berlaku bagi mengelakkan ia terjadi kepada anda. - Tempahan awal
Ini selalu merujuk kepada tiket pengangkutan dan juga tempat-tempat penginapan. Rasanya ramai orang telah sedar akan perkara ini. Tempahan awal selalunya menawarkan harga yang jauh lebih rendah. Sebagai contoh jika destinasi percutian memerlukan anda untuk menaiki penerbangan, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan harga tiket hampir 90% daripada harga asal. Jimat bukan? Oh ya, tidak dilupakan juga. Tempahan awal juga mampu menyelamatkan rancangan percutian anda sekiranya hari yang dipilih adalah cuti-cuti sekolah ataupun hari-hari perayaan. - Jadual
Rancang perjalanan anda semasa bercuti. Sediakan tentatif program supaya anda dapat membuat anggaran berapa kos yang perlu dikeluarkan. Kebiasaannya jika seseorang itu bercuti menggunakan ejen percutian, semua ini telah disediakan. Tetapi bagi persendirian juga tidak terkecuali, anda boleh membuat jadual perjalanan sendiri dengan merujuk laman-laman blog atau forum yang seperti disebut diatas tadi. Dalam masa yang sama juga, jadual perjalanan bukan hanya dapat menjimatkan perbelanjaan, bahkan tidak membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. - Barang kelengkapan
Persiapan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan anda terburu-buru lantas menyebabkan banyak barangan penting tertinggal. Seelok-eloknya, buat satu senarai semakan supaya mudah anda menyemak sama ada barang yang diperlukan telah dibawa bersama. Perkara ini juga penting bagi menyelamatkan duit anda dibazirkan begitu sahaja kerana membeli barang yang sudah ada tapi tertinggal dirumah. - Wang simpanan
Yang terakhir sekali tidak lain tidak bukan, duit perbelanjaan. Setiap percutian memerlukan duit perbelanjaan yang lebih banyak berbanding hari-hari biasa. Jadi, mulalah menabung dari awal dengan mengira kos penginapan, makan, pengangkutan, cenderahati, dana kecemasan dan juga lain-lain.
Makluman: Ada beberapa tips yang boleh diguna pakai bagi percutian diluar negara. Cuma ada sedikit pertambahan iaitu dengan membuat semakan terhadap status kedai-kedai makanan halal terlebih dahulu bagi memudahkan proses percutian diluar negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi-lokasi pelancongan menarik di Malaysia, boleh kunjungi laman web Tourism Malaysia di www.tourism.gov.my.
p/s: Dah lama tak pergi bercuti, mungkin dah boleh mula fikir mana nak pergi lepas ni.
Percutian…??
Selalunya tak pernah rancang, rasa nak pergi, terus je pergi. Susah nak cari ruang dan peluang untuk bercuti.
La nie…tgh bercuti he..23x
Boleh je nak pergi terus bro. Cuma kalau rancang boleh save sikit. Hehe.
Bestnya dapat mandi dekat Air Terjun Bukit Larut… Kali terakhir saya bersama keluarga mandi dekat sana ialah pada Tahun 2006.. Lepas tu sampai sekarang tak pernah ke sana lagi… Sekarang ni kalau pergi bercuti dekat Taiping, kami akan pergi ke Zoo dan Kuala Gula…
Kuala Gula gua tak pernah jejak lagi bro. Hoho
Nampaknya topik nie macam kena jer ngan timing cuti sekolah nie….
bercuti memang menyeronokkan..
Tips yang berguna untuk semua. Harap dapat praktikkan lepas ni.
sunway lagoon, tak sempat aku nak pegi time lepas SBB2014 tempoh hari..
yup perancangan tu penting bagi aku
Bukan tak nak rancang, selalunya kalau rancang sure tak jadi he..23x
Dah beberapa kali cancel flight he..23x
So sekarang nie, kalau nak g mana-mana, beg pakaian semua dah siap. tinggal nak sumbat dalam kereta then jalan je
bercuti panjang atau jauh perancangannya kena lebih awal…kena menabung lebih awal juga….heee
wohaaa..syok nyer….tips yg berguna utk bercuti tp biasanya aku last minit baru buat persedian..
aku jenis tak rancang. main redah aje. haha
ok.. tq apis.. siap kopipes
Selalunya nak pegi cuti ialah bila time cuti skul. Tapi time ni lah tiket dan lain-lain mende jadi mahal 😀