in

Backup SMS Penting


Adakalanya sesetengah orang lebih suka untuk menyimpan segala SMS yang diterima didalam peti inbox untuk satu tempoh masa yang lama, lebih-lebih lagi jikalau SMS yang diterima itu mempunyai sentimental value. Sudah tentu penerimanya akan cuba sedaya upaya untuk menyimpan SMS tersebut selagi terdaya.

Sama juga seperti Hafiz, pernah suatu ketika dulu SMS yang diterima daripada isteri tersayang disimpan lebih daripada 2 tahun sebelum handphone tersebut (Nokia 6630) rosak dan diganti dengan handphone yang lain (Samsung Galaxy Gio). Agak sayang sebenarnya SMS tersebut hilang begitu sahaja. Seperti bunga-bunga cinta yang disemai hilang ditiup angin.. Cewahh..Jiwang siot (Hafiz dulu pengumpul komik Blues Selamanya).

Tapi..itu teknologi dulu. Zaman dimana segala jenis handphone tidak se-advance sekarang. Kini berplatformkan Android, sebuah applikasi baru yang dikenali sebagai SMS Backup + diperkenalkan. Applikasi ini berfungsi sebagai penghubung diantara handphone dengan e-mail Gmail korang, dimana segala SMS yang tersimpan didalam handphone akan dihantar terus ke akaun e-mail bagi tujuan backup.

Backup SMS +

SMS Backup+, senang untuk setting

Backup SMS

Label SMS didalam e-mail

Label Call Log didalam e-mail

Bukan itu sahaja, fungsi applikasi ini diperluaskan dengan fungsi auto backup dimana tetapan boleh dilakukan mengikut kehendak dan kesesuaian masing-masing.

p/s: Rugi pulak tak backup SMS dengan Emma Maembong hari tu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Menarik.

    Tapi probnya. Bro nie bukan jenis simpan sms mahupun no phone orang. Tapi sejak boleh sync dekat gmail.

    Kalau save dekat iPhone, dekat phone & tab Bro boleh access contact detail yang sama.

  2. walaupun zaman sudah berubah,menyimpan mesej lama dalam handphonne masih tetap saya amalkan hehe apapun thank’s dah share trik backup sms versi moden ni cukup bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *