in

Baca! Hubungkait Antara Penamaan KWSP Dan Faraid


Hot isu faraid sekarang ni sebab ada artis yang tersilap langkah mengluarkan kata-kata yang tak menyenangkan kepada kakak iparnya. So, disebabkan isu ni agak menarik untuk aku follow (bukan isu artis, tapi isu faraid), maka aku pun google la segala info yang berkaitan dengannya.

Nak dipendekkan cerita bila dah baca bermacam-macam info, ada satu fakta yang membuatkan aku agak terkejut.

Penama KWSP!

Sangkaan aku dulu ingatkan bila dah daftar penama KWSP ni macam nama-nama yang didaftarkan tu adalah pewaris yang akan menerima duit setelah aku meninggal la kan.

Tapi.. tapi..

Rupa-rupanya aku silap faham la. Adui. Yang sebenarnya penama KWSP tu hanyalah individu yang akan menjadi wasi / pentadbir harta yang bakal membahagikan wang KWSP aku kepada waris (setelah aku meninggal) mengikut hukum faraid.

Korang semua.. sila fahamkan elok-elok ye.

Penama KWSP hanya sebagai wasi. Dia tolong terima duit daripada KWSP, kemudian akan bahagikan kepada waris. Faham?

Haa.. so, kalau korang yang baru tahu ni, pergi la kongsi info ni kat pasangan masing-masing atau pun kawan-kawan dan saudara mara ye. Lagi elok, pergi balik pejabat KWSP untuk tukar penama kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk menguruskan hal-hal pembahagian duit ni.

Boleh rujuk sini untuk detail – KWSP Penamaan

p.s: Korang tahu tak korang boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar pinjaman rumah?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *