in

Baby Suka Gigit Gigit


Kini Khair sudah pun berusia lebih 7 bulan. Antara kegemarannya sekarang ialah makan apa sahaja apa yang dimakan oleh orang dewasa. Pantang terlintas depan mata, kalau tak diberi pasti bergegar satu rumah dek kerana jeritannya. Oleh kerana tak tahan mendengar jeritan Khair yang menyakitkan telinga setiap kali tiba waktu makan beramai-ramai, Hafiz terjumpa satu produk yang boleh menyelamatkan keadaan, iaitu Baby Feeder.

Munchkin_Baby Feeder

Produk ini kelihatan seperti uncang dimana korang boleh meletakkan makanan pepejal (seperti buah-buahan) supaya baby boleh menggigit makanan didalam uncang tersebut sehingga hancur (mengurangkan risiko tercekik makanan).

Potong epal kecil-kecil kemudian masukkan kedalam uncang.

Percubaan Pertama

Mula-mula sebelum bagi Khair guna, risau juga takut dia tak reti pakai. Tapi setelah diajar, nampaknya Khair berjaya menyesuaikan diri dengan baby feedernya. Yeaaa..So, lepas ni especially masa dinner ramai-ramai.. harap-harap boleh lah kitorang makan dengan aman sikit. No more jerit-jerit from Mr.Khair. Hehe.

p/s: Nasib baik Khair pandai guna, kalau tak melayang duit daddy.

Update: Khair guna 2-3 kali je. Lepas tu campak atas lantai. Misi gagal. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

30 Comments

Leave a Reply
  1. hehehe..anak saya yg umur 4 thn skrg menjadi2 mengigit badan kakak dan sapa2 sajer hehehe..:)
    nak beli benda alah ni dah tak sesuai dgn usia dia kot hehee..

  2. alahai bestnya gadget baby ni, mmg bagus , sambil gigit sambil mamam, pasni letak potato rebus ;), dah lama takde anak kecik 😉

  3. dkna tak pernah tengok sebelum nie kat kedai.. mungkin sebab tak ada anak.. tu pasai tak jumpa.. ahahaa…

    macam best jer gigit… teringin gak nak gigit.. 😛

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *