Baby Bulat a.k.a. Tomato Boy

Tinggal 1 hari je lagi untuk tomato boy genap berusia 4 bulan. Kejap je anak daddy ni besar.

Pencapaian tomato boy yang genap 4 bulan ni:

  1. Berat 7.2kg
  2. Dah start makan baby food
  3. Makin kurang tidur, nak ajak bermain
  4. Baju dah makin banyak tak muat
  5. Selalu ajak naik kereta

Ye..korang tak salah baca. No.2 tu memang betul. Disebabkan tomato boy dah mula demand untuk reject susu botol pada masa-masa tertentu, Hafiz buat keputusan untuk ajar dia makan baby food, Heinz. Tak mahal pun, RM3.80 je sebotol. Satu hari 1 botol. Hafiz bagi atas saranan kakak Hafiz yang dulu pernah bagi kat anak dia. Tomato boy suka sangat. Bagus..good job tomato boy. Besar cepat-cepat sikit. Nanti kaki dah boleh jalan sendiri, kita ajak ibu round satu malaya. Then lepas tu, daddy ajar main badminton pulak. Jadi pelapis badminton negara, ganti Chong Wei. Hehe.

Seronok tengok anak sendiri dah besar. Walaupun badan dalam keadaan penat travel balik kerja dari Bangi-KL, Β nampak je tomato boy senyum terus hilang segala penat lelah. Ye..daddy dah balik. Kita dah boleh main-main. Kesian ye, daddy & ibu tinggal pergi kerja lama-lama.

Betul orang tua cakap, bila dah ada anak sendiri baru kita tahu macam mana perasaan ibu bapa sayangkan anak.

p/s: marah dan geram bila terlihat berita di tv atau dalam paper tentang ada orang yang sanggup buang anak. Rasa nak bagi penerajang atas muka.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 24 Comments

    Leave a Reply
    1. cumel.. πŸ˜€
      kan, tak reti sayang anak mana yg suka-suki buang anak tu,
      ada org yg dah kahwin lama, tp masih belum dapat rezeki utk mendapat cahaya mata..

    2. alolololo…comeelll…!!..
      betul!, wpun penat balik keje…hilang bile jumpe anak…
      saye kalau balik keje lambat n anak dah tido, memang sedey la n dok je sblah dia tgk dia tido..huhu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    I Art You Malaysia

    Tidak Semua Made in Japan Bagus