Itu dia, surat yang ditunggu-tunggu telah muncul tiba. Bukan surat cinta dari awek cun ataupun surat menang BMW dari Sijil Simpanan Premium BSN, tapi surat minta hutang dari Polis Diraja Malaysia diatas kesalahan memandu melebihi had yang ditetapkan. Haishh..baru je azam Hafiz tahun ni nak bersihkan rekod dari mana-mana saman speed trap. Terkena jugak rupanya.
Yang paling best untuk saman kali ini, apabila kamera speed trap yang mengesan kesalahan Hafiz terletak hanya beberapa meter selepas kamera AES dipasang. Haa..Dua serangkai tu. Jangan main-main. Terlepas dengan AES tak bererti korang selamat, kamera speed trap lain pula yang menunggu. So, hati-hati lah ye kawan-kawan. Nanti tak pasal-pasal duit melayang.
p/s: Masa tu nak attend event, bawak 101km/h..lebih 11km/h je..pun kena speed trap jugak. Nasib badan.
adakah ni event petronas yang ada hanis zalikha tu?
Ye la tu bro.nasib baik jumpa Hanis Zalikha..taklah ralat sangat..hahaha
hahaaa..hanis zalikha mampu buat hafiz tersenyum girang sambil bayar saman 😛
Sabar jelah. Takde rezeki.
itu la pasal bro..sabar je lah.
Ty AES ok #2 pula tu… nk kn pi settle by 13th. burn duit..uwaaa…sadis!
hoho..biasalah tu..sabarkan ajelah..
Haha. terbaik betul. sabor aje la, takde rezeki. boleh mark dah tu tmpt dlm gps so dat x kne lagi 🙂
untung la dapat saman..hehe..nasib masing2 =)
adoi..kalau kena 2skali mau jalan kaki la lepas nie..
haha..
guane nak buat nasib badan …
Sure AES tak kena? Cuba semak semula.
AES tak kena bro..sebab kat AES, aku reduce speed.
kena lebih beringat la lepas ni 🙂
mesti ingat punye..hahaha
xper2..bia lambat asal selamat bro.. 🙂
bro sedar ke time tu speed dah terlebih haha..
sedar, sebab baru lepas AES..baru start tekan minyak..hahaha
fuuuuhhh… ada sebulan lagi sebelum rekod aku selamat dari sebarang saman.. hehehee
Hehehe..melayan dah fulus tu…
nak buat camne bro..tiap kali masuk, mesti kena keluar balik..hehehe
bulan oktober lepas on the way gi PJ laluan kat highway (bangi) nampak lampu kelip-kelip kat keter stream aku laluan kanan tue….then check saman nasib baik tak kena saman…kelip-kelip ku sangka api….hu hu hu….
itu la..kadang2 ni AES tangkap gambar kereta lain, kita ingatkan kita yang kena..hehehe
Memang cekap AES melaksanakan tugas tidak ada kompromi. 🙂
Hai bro,
turut bersimpati dengan apa yang terjadi.. harap lebih berhati-hati ketika memandu selepas ini.
ouh ..Hanis Zalikha tu ke..hehe..
anggap je mcm bayau zakat hehehe…:)
berapa banyak yang kena tu?? hurm hujung2 tahun ni rajen lah pak cik polis tu kutip hutang nak balance kan akaun la katakan
ni bukan kena AES bro..kamera manual yang polis pegang..dia duduk bawah jambatan betul2 lepas kamera AES..RM150
Nasib la bro, nak buat camana…
Kesimpulannya ikutlah had laju yang dibenarkan. Hehe
hehe, kena hati-hatilah lepas nih. jahat sungguh AES tu ye.
xpa better next time
Terasa benar duit melayang kalau kena saman macam ni.