in

‘AyoPoligami’ Aplikasi Untuk Mereka Yang Ingin Berpoligami


Satu idea yang pelik tapi unik apabila terciptanya satu aplikasi yang memudahkan pengguna mencari jodoh. Jodoh yang dimaksudkan bukanlah jodoh untuk perkahwinan pertama, akan tetapi jodoh untuk individu lelaki beragama Islam untuk berpoligami.

AyoPoligami, yang  dibangunkan oleh Lindu Pranayama dan ditawarkan penggunaannya di Indonesia, membuktikan keberkesanannya  dalam menemukan jodoh selepas terdapat pasangan di Indonesia berjaya melangsungkan perkahwinan selepas berkenalan melalui aplikasi ini.

First thing in my mind was, jika aplikasi ini dilancarkan di Malaysia kelak, sudah semestinya perkara pertama golongan isteri-isteri diluar sana akan lakukan adalah dengan memeriksa telefon suami masing-masing. Betul tak?

Ya lah, ‘poligami’ itu sendiri adalah pantang larang paling utama dalam hidup wanita. Hahaha.

By the way, bagi aku aplikasi ini adalah satu idea yang menarik. Mungkin disebabkan wujudnya nisbah penganut Islam perempuan kepada lelaki yang terlampau tinggi di Indonesia, membuatkan pembangun aplikasi ini hadir dengan konsep idea sedemikian – jika difikir dari sudut positif, ia dibina mungkin bertujuan untuk membantu wanita-wanita disana untuk mencari pasangan hidup. Hehehe

Dimaklumkan bahawa aplikasi ini menggunakan konsep Tinder dan buat masa sekarang ianya hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Android sahaja.

Apple user? Mungkin tak berminat kot. Sebab Apple user rasanya setia pada yang satu. Hehehe.

Apa pendapat korang jika aplikasi ini dilancarkan untuk pengguna Malaysia pula?Yay! or Nay!


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *