in

Ayam Percik Paling Popular


Sebelum ini pernah aku ceritakan dalam blog aku yang lagi satu perihal ayam percik paling sedap di Serdang.

Ayam percik Hidayah Catering, memang kegemaran aku setiap kali Ramadhan menjelma.

Bukan aku seorang saja yang gemarkannya, malah mak aku juga setiap kali bulan puasa mesti awal-awal lagi akan berpesan meminta aku belikan ayam percik Hidayah.

Satu perkara yang menjadi keistimewaan ayam percik Hidayah ini bilamana aku rasakan resipi yang digunapakai tidak menggunakan santan sama sekali. Yang dapat aku fikirkan, mungkin pemiliknya lebih menggunakan serai, halia, dan lobak merah sebagai bahan utama.

Sedap.. Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata sedapnya bagaimana. Apa yang mampu aku ungkapkan hanyalah ianya lain daripada yang lain.

Ayam percik Hidayah didatangkan dengan 3 bahagian yang dijual; paha, dada dan kepak.

Harga bagi bahagian paha (1/4 ayam) dijual dengan harga RM7, dada (1/4 ayam) RM6 manakala bahagian kepak RM2 setiap satu.

Berbaloi-baloi beli ayam percik Hidayah ini, beli untuk berbuka tetapi boleh simpan sampai ke waktu sahur tanpa risau akan basi.

Kalau korang rasa tak percaya, korang boleh cuba sendiri beli di gerai bazarnya di bazar Ramadhan Sri Serdang. Gerainya paling hujung berdekatan dengan dan traffic light Maybank Sri Serdang.

Nota: Kalau boleh pastikan korang pergi awal, kerana setiap hari bazar Ramadhan ini dibuka.. pasti gerai Hidayah Catering paling ramai dikerumuni orang ramai. Sampai berebut-rebut tau.

p/s: Dari zaman isteri belajar di UPM, tiap-tiap tahun mesti aku akan datang beli ayam percik ni. Customer tetap.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. memang berbaloi.. tp agak kuranng berbaloi utk aku pegi beli drp shah alam ni. jadi utk itu, pohon tuan penulis supaya menghantar seketul dua paha ayam percik hudayah. tq

  2. Memang tiap tahun ada je penjual ayam percik ni. Port berniaga pun tempat sama je tiap tahun. Tapi bagi aku macam agak mahal jugak harga ayam yang dijual. Lain orang lain pendapat dia kan.

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *