Sebelum ini pernah aku ceritakan dalam blog aku yang lagi satu perihal ayam percik paling sedap di Serdang.
Ayam percik Hidayah Catering, memang kegemaran aku setiap kali Ramadhan menjelma.
Bukan aku seorang saja yang gemarkannya, malah mak aku juga setiap kali bulan puasa mesti awal-awal lagi akan berpesan meminta aku belikan ayam percik Hidayah.
Satu perkara yang menjadi keistimewaan ayam percik Hidayah ini bilamana aku rasakan resipi yang digunapakai tidak menggunakan santan sama sekali. Yang dapat aku fikirkan, mungkin pemiliknya lebih menggunakan serai, halia, dan lobak merah sebagai bahan utama.
Sedap.. Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata sedapnya bagaimana. Apa yang mampu aku ungkapkan hanyalah ianya lain daripada yang lain.
Ayam percik Hidayah didatangkan dengan 3 bahagian yang dijual; paha, dada dan kepak.
Harga bagi bahagian paha (1/4 ayam) dijual dengan harga RM7, dada (1/4 ayam) RM6 manakala bahagian kepak RM2 setiap satu.
Berbaloi-baloi beli ayam percik Hidayah ini, beli untuk berbuka tetapi boleh simpan sampai ke waktu sahur tanpa risau akan basi.
Kalau korang rasa tak percaya, korang boleh cuba sendiri beli di gerai bazarnya di bazar Ramadhan Sri Serdang. Gerainya paling hujung berdekatan dengan dan traffic light Maybank Sri Serdang.
Nota: Kalau boleh pastikan korang pergi awal, kerana setiap hari bazar Ramadhan ini dibuka.. pasti gerai Hidayah Catering paling ramai dikerumuni orang ramai. Sampai berebut-rebut tau.
p/s: Dari zaman isteri belajar di UPM, tiap-tiap tahun mesti aku akan datang beli ayam percik ni. Customer tetap.
memang berbaloi.. tp agak kuranng berbaloi utk aku pegi beli drp shah alam ni. jadi utk itu, pohon tuan penulis supaya menghantar seketul dua paha ayam percik hudayah. tq
Aiseh.. nak tolong hantarkan. Tapi ayam percik hudayah xde. Hidayah ade la. Hudayah belum bukak gerai. Hahaha
harga paling mahal rm7… boleh dikatakan murah di bulan puasa ni..
seksi la plak whole leg percik tu….aduhai…menggoda betul…
Untung la katering nie dapat free promotion…. hhehehehehe
Kalau sudah sedap akan ada return customer. 🙂
Hahahaha. Baru perasan. Dekat je kat rumah aku ni. Hahahaa. Kena beli ni. Macam sedap je.. huhuhuhu
Huhuhuhu…Mampu sedih je tengok gambar makanan sedap kat Msia… huhu
ayam percik. Mesti manis.
Dan sambal dia..mesti pedas manis. Baru kaw meletup. Hoho
wow,menyelerakan,jauh sangat la serdang tu.kat JB takde ke yg bagi review?
wow.. sedapnya..
laa x makan yang jual di luar
nak gak aku try tapi jauh la bro
salah timing baca entri ni siang.. huhu
kalu org sanggup beratur pjg tu kompem sedap tu
Memang tiap tahun ada je penjual ayam percik ni. Port berniaga pun tempat sama je tiap tahun. Tapi bagi aku macam agak mahal jugak harga ayam yang dijual. Lain orang lain pendapat dia kan.