in

Ayam Golek Murah


Menu pilihan Hafiz tiap kali menjamu selera tidak sah sekiranya tidak dihidangkan ayam. Walaupun bermacam-macam menu telah terhidang, paling kurang mesti ada satu lauk ayam ..tidak kira sama ada ayam masak gulai, ayam masak merah ataupun ayam goreng..Asalkan ada.

Cuma dalam bulan Ramadha, selera Hafiz sedikit istimewa kerana menu ayam yang selalunya menjadi pilihan Hafiz adalah ayam golek ataupun ayam percik. Yelah, masa bulan Ramadhan ini je lah segala jenis resipi ayam golek ataupun ayam percik terbaik akan dijual.

Yang paling menjadi kegemaran Hafiz adalah ayam percik Sri Serdang, ini top priority. Kalau boleh selang dua-tiga hari akan pergi beli kecuali mood malas nak pergi bazaar Ramadhan Sri Serdang. Yang kedua ayam golek, menu ini pula tidak kisah. Beli sahaja dari mana pun, asal nampak menyelerakan.

Terbaru, semalam sempat Hafiz beli ayam golek Sogo..beli selepas shopping baju raya. 2 ekor pulak tu..Biasalah..hari minggu, semua adik beradik akan berkumpul di rumah mak. Beli seekor nanti takut tak cukup pula 12 orang makan.

Ayam Golek Sogo

Not bad lah rasa ayam golek Sogo ni

Ayam Golek Murah

Dan yang paling tidak disangka-sangka, walaupun Hafiz beli dua ekor ayam golek..harganya murah..RM9.50 seekor. Selalunya belas-belas ringgit. Dua-tiga kali Hafiz check resit takut juruwang tersalah kira. Tapi rupanya betul. Hoho..jimat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

26 Comments

Leave a Reply
  1. oh den tak pekena lagi ayam golek since puasa nih , kene cari nih…

    * jemput join meriahkan contest den yer…:)

  2. Serius ini murah ni. Dekat belah mana ni jual? Dekat bawah sekali ke? Esok saya nak pergi sogo juga. Ayam seekor sekarang pun dah mahal, memang orang jual belas-belas je sekarang..

  3. Kat bazar ramadhan pun seekor RM18. Ada jugak yang letak harga RM20 seekor. Kalau RM9.50 tu kira murah la.. Errrrr… bro cek tak ayam tu sembelih ke ayam penyet? hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *