Tak ingat dah hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan. Tapi yang aku pasti, dah masuk minggu kedua. So far kerja-kerja pejabat semua dah boleh akses kat rumah, bos perintah suruh work from home. Tak sangka pulak boleh work from home, sebab sepanjang tempoh kerja dengan syarikat semuanya akses dokumen melalui localhost. PKP punya pasal memaksa syarikat untuk sediakan remote system bagi pekerja membuat kerja dari rumah. Hohoho.
Tapi itu hal daddy. Bagi anak-anak pulak, bermula semalam dah ada pembelajaran online. Bukan untuk sekolah tapi untuk Khair ada kelas online (guna Google Classroom), manakala untuk Haziq ada sesi live session dengan teacher taska (guna Zoom).
Bagi aku okay jugak la ada sesi macam ni. At least dalam tempoh anak-anak tengah online, aku boleh buat kerja tanpa gangguan (actually gangguan kecil tu ada la, tak reti nak tekan mouse etc). Ibarat cikgu-cikgu ni memang betul-betul tolong jaga anak-anak, cuma sekadar bantuan maya.
Anak-anak pun ada sesi online macam ni, diorang suka sebab lama tak jumpa teacher. Dan yang paling seronok, Haziq la. Mentang-mentang ada kat rumah, habis ditunjuknya mainan Hotwheel pada teacher. Lepas tu siap pesan. Tak boleh jalan-jalan, nanti ada virus. Hahaha.
Tak kisah la.. janji anak-anak ada aktiviti kan. Kalau nak daddy handle dari pagi sampai petang, memang penat weh. Hohoho
Seronokkan kerja Work From Home ini. Saya bekerja sebagai guru, tapi kadang kasihan juga kat pelajar nak beri homework semua. Tetapi kita terpaksa akur sebab nak tak nak, perlu ajar secara online. Cumanya ada kesan sikit pada golongan b40 antaranya. Sebab kadang gajet terpaksa berkongsi dengan adik beradik lain.
Betul. Setuju. Bukan semua berkemampuan nak berikan anak gajet satu sorang. Dapat bayangkan golongan ni struggle disaat ini.