Penggunaan internet sememangnya ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Bergantung pada individu yang menggunakannya, jika mereka berkeinginan kepada sesuatu yang negatif maka buruklah akibatnya. Begitu juga sebaliknya bagi mereka yang bijak mengambil peluang untuk menggunakan internet bagi kebaikan sendiri.
Namun begitu, walaupun ianya bergantung pada penggunaan individu, kawalan internet perlulah diwujudkan bagi menjaga kemaslahatan pengguna. Kebaikan penggunaan internet tidak dinafikan boleh dipindahkan daripada seorang pengguna kepada seorang pengguna yang lain dengan mudah, tapi perlu diingatkan keburukan internet juga mampu tersebar dengan pantas. Malah boleh dikatakan lebih pantas daripada apa yang kita bayangkan.
Disebabkan permasalahan ini, bagi mereka yang mempunyai kuasa untuk mengawal penggunaan internet ini baik dirumah ataupun dimana-mana sahaja, harus mengambil langkah progresif bagi menangani ianya daripada terus merebak dan diantara cara yang mudah untuk mengawalnya adalah dengan menggunakan peranti kawalan internet.
Tergerak hati aku untuk berkongsi maklumat dimana aku baru-baru ini berpeluang untuk mencuba satu peranti kawalan internet terbaru keluaran syarikat Audra, yang diberi nama Audra HomeShield.
Audra HomeShield ini, yang mana dari luarnya kelihatan seperti sebuah kotak besi biasa, didatangkan dengan warna matte white serta mempunyai dwi-fungsi iaitu sebagai alat kawalan internet dan juga sebagai router internet.
Aku pasti kebanyakan rumah sekarang mesti mempunyai sambungan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kan. Ya.. Unifi? Maxis Fiber? Time? Kesemua perkhidmatan-perkhidmatan internet yang aku sebut ini adalah bersesuaian dengan penggunaan Audra HomeShield ini.
Malah, berbanding penggunaan router-router lain yang banyak dijual di luar sana, tahap keselamatan pengguna boleh dikatakan lebih terjamin apabila menggunakan peranti kawalan internet ini dimana Audra HomeShield ini juga memfokuskan tentang dengan fungsi-fungsi keselamatan (digital wellness – kesihatan digital) yang menyeluruh, seperti:
- Menyekat laman-laman web yang tidak bersesuaian atau tidak senonoh
- Membenarkan penetapan jenis sambungan internet terhadap peranti mengikut kumpulan
- One click preset untuk pengaktifan waktu tidur atau waktu belajar
- Fungsi one click untuk menghentikan sementara penggunaan internet
- Menyekat penggunaan internet berdasarkan kuota masa
- Imbasan dan sekatan secara automatik terhadap malware dan adware
- Dan yang paling menarik pernah aku cuba melalui peranti kawalan internet Audra HomeShield ini, apabila kesemua fungsi-fungsi keselamatan ini boleh diakses secara atas talian melalui aplikasi khusus yang dibangunkan iaitu AudraGo – Jadi tak runsing lagilah korang apabila berada diluar kawasan tetapi dalam masa yang sama ingin memantau pergerakan anak dalam melayari internet, kesemuanya di hujung jari.
Proses melakukan tetapan Audra HomeShield
Dari segi kesukaran melakukan tetapan terhadap Audra HomeShield ini, jujur boleh aku katakan tahap kesukaran pemasangannya tidaklah begitu susah. Malah boleh dikatakan cara untuk memasangnya antara yang termudah dan straight forward yang pernah aku lakukan, tak ada masa langsung nak peningkan kepala memikirkan apa yang perlu dibuat dulu dan apa yang perlu dibuat kemudian.
Bagi memberi sedikit gambaran kepada korang semua akan bagaimanakah aku memasang Audra HomeShield ini di rumah aku, korang boleh tonton dulu video unbox aku dibawah.
Dari segi teknikalnya Audra HomeShield mempunyai spesifikasi seperti berikut, iaitu:
- Bersaiz 33 x 23 x 8.5 cm
- Seberat 1.56kg
- Menyokong fungsi dual band 2.4Ghz dan 5Ghz (sesuai untuk pengguna Unifi Turbo)
- Berwarna matte white
- Mempunyai 3 x LAN gigabit port
- Mempunyai 1 x WAN port
- dan juga mempunyai 1 USB 2.0 port
Manakala dari segi paparan antaramuka yang digunapakai pada laman dan aplikasi Audra pula, ianya sangat minimalis dan mudah untuk difahami – Satu perbezaan yang agak ketara jika dibandingkan dengan sesetengah laman tetapan router jenama-jenama lain yang kebanyakannya agak rumit untuk difahami bagi mereka yang tidak mempunyai asas untuk melakukan tetapan.
Adakah Audra HomeShield menawarkan prestasi yang optimum?
Berdasarkan pemerhatian dan penggunaan peranti ini selama beberapa hari ini, prestasi penggunaan router Audra HomeShield boleh dikatakan setanding dengan sesetengah jenama high speed router yang ditawarkan diluar sana. Malah dalam situasi aku yang telah memasang dan menggunakannya untuk beberapa hari, sambungan Wifi nya juga lebih laju dan stabil.
Didalam bilik contohnya, sambungan internet aku kepada rangkaian wifi berfrekuensi 5Ghz memberikan bacaan kelajuan yang lebih tinggi dan stabil berbanding router jenama lain yang aku gunakan, biarpun sebelum ini aku sedia maklum bahawa potensi untuk sambungan wifi berfrekuensi 5Ghz mungkin menjadi kurang stabil sekiranya router dihalang oleh dinding-dinding yang tebal – its beyond my expectation. Terbaiklah Audra HomeShield.
Manakala dari sudut kawalan internet pula, Audra HomeShield juga melakukan kerjanya dengan cemerlang. Dimana melalui percubaan aku untuk menguji fungsi-fungsi tersedia alat ini seperti sekatan terhadap laman-laman web yang tidak bersesuaian atau kurang senonoh, ia berfungsi dengan baik sekali. Termasuklah fungsi sekatan penggunaan internet berdasarkan kuota masa; dimana Khair marah aku apabila selepas tempoh sejam dibenarkan melayari Youtube, tiba-tiba telefon pintarnya lost connection. Hohoho.
Untuk makluman, secara keseluruhannya fungsi-fungsi keselamatan yang ditawarkan adalah dikawal dan disegerakkan (synchronized) melalui perkhidmatan berasaskan awan (cloud based service), dan setiap unit Audra HomeShield ini akan disambungkan kepada akaun pengendali yang memilikinya. Maka, sebarang tetapan yang dilakukan akan dikemaskini dan berfungsi dengan pantas yang mana dalam masa yang sama juga ia akan menyimpan log butiran aktiviti-aktiviti layaran internet pengguna yang dibawah kawalan korang.
Jadi kesimpulan yang boleh aku katakan, selain menyediakan pengalaman melayari internet yang memuaskan tanpa pengurangan prestasi kelajuan, Audra HomeShield ini juga terbukti berkesan dalam mengawal aktiviti layaran internet pengguna. Dimana dengan fungsi-fungsi kawalan keselamatan yang ditawarkan, ia dapat membantu menjaga keharmonian sesebuah keluarga tanpa perlu merisaukan penyalahgunaan internet.
Malah, secara tak langsung juga mampu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi daripada terus membazirkan masa melayari sesuatu benda yang kurang berfaedah di internet.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan dan pakej harga Audra HomeShield ini, korang boleh layari laman web rasmi mereka di www.audra.io. Ataupun korang juga boleh ikuti mereka di laman sosial FB melalui pautan www.facebook.com/audra.io.
macam best je.Memang berhajat nak bertukar wifi. Thanks! terjumpa artikel hebat ni. Nak bagitau suami lah yang ni.Hihihi..