Atap.co Mudahkan Anda Mencari Pereka Bentuk Dalaman (Interior Designer) Rumah


Tak semua orang ada bakat untuk menghias rumah secantik mahligai, tak semua orang juga ada sumber kewangan yang melimpah ruah bagi mendapatkan kediaman secantik istana. Namun begitu, semua orang mempunyai keinginan yang sama iaitu mencantikkan rumah.

Biarpun rumah yang diduduki kecil ataupun besar, sudah semestinya dekorasi dalaman menjadi kepentingan bagi menyedapkan mata yang memandang.

Bercakap mengenai dekorasi dalam rumah, aku akui bab-bab sebegini memang agak rumit bagi aku dan juga isteri untuk mencapai kata sepakat. Ini kerana masing-masing mempunyai imaginasi dekorasi rumah tersendiri dimana kadang-kala idea yang diutarakan tak dapat dilaksanakan akibat konflik gabungan rekaan.

Atas kesulitan situasi sebegini yang sememangnya sering berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat, maka wujudlah bidang perkerjaan dalam rekaan dalaman atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil interior designer (ID), dimana fungsi mereka ini adalah untuk membantu memudahkan pemilik rumah untuk menghias rumah mengikut selera masing-masing.

Namun begitu kewujudan ratusan ribu pereka bentuk dalaman dengan pelbagai jenis karenah dan pakej harga boleh memeningkan pemilik rumah, ini kerana kita tidak dapat memastikan bahawa profail pereka bentuk dalaman itu sama ada mereka berpengalaman atau tidak, seterusnya ia juga boleh mengelirukan kita sama ada mereka adalah pereka bentuk dalaman yang berdaftar ataupun sekadar tangkap muat sahaja.

Maka disebabkan itu, didalam entri ini dengan sukacitanya aku ingin berkongsi satu platform yang menyenaraikan pereka-peraka bentuk dalaman yang sah, berdaftar lagi berpengalaman dalam memberikan kepuasan kepada pelanggan. Platform yang aku maksudkan ialah Atap.co.

Apa itu Atap.co?

Memberi penerangan secara mudah mengenai Atap.co ini, ia adalah merupakan sebuah laman web online yang mengumpulkan pereka-pereka bentuk dalaman profesional yang berdaftar, berpengalaman dan dipercayai di Malaysia.

Setakat bulan Oktober 2017 yang lalu, platform Atap.co ini telah digunakan oleh kira-kira 540,000 orang pengguna walaupun ia baru sahaja dilancarkan pada April 2016. Mengagumkan bukan?

Ya, statistik yang mengagumkan. Tapi ia tidak pelik kerana fungsi Atap.co ini adalah menyediakan kemudahan, jadi dengan ramainya pengguna yang menggunakannya ini bermaksud ia adalah satu platform yang dipercayai.

Bagaimanakah cara menggunakan Atap.co?

Cukup mudah. Apa yang perlu dilakukan oleh ada sebagai pemilik rumah adalah dengan log masuk ke dalam laman web Atap.co, kemudian melaluinya anda sama ada boleh menggunakan fungsi carian yang disediakan untuk membuat carian berdasarkan portfolio atau dengan melihat kepada hasil kerja dan idea daripada setiap portfolio mereka yang telah dijadikan contoh.

Kemudiannya, anda juga boleh meminta sebut harga daripada pereka bentuk dalaman yang disukai, atau menghantar terus permintaan secara am kepada pereka-bentuk dalaman menerusi Atap.co, dimana pihak Atap.co kemudiannya akan menghantar permintaan tersebut kepada pereka bentuk dalaman yang bersesuaian ataupun ianya diterbitkan di bahagian marketplace.

Berapa ramaikah pereka bentuk dalaman yang berdaftar dengan Atap.co?

Untuk makluman, buat masa sekarang terdapat lebih daripada 1,000 pereka-bentuk dalaman serata Malaysia di dalam pangkalan data Atap.co, yang mana setiap daripadanya mempunyai portfolio bergambar di bahagian projek yang sentiasa dikemaskini bagi dijadikan rujukan pelanggan.

Apa kelebihan menggunakan Atap.co?

Well, dari segi kelebihan sekiranya menggunakan platform Atap.co, ia memberikan kelebihan kepada dua-dua belah pihak sama ada untuk pemilik rumah ataupun kepada pereka bentuk dalaman itu sendiri.

  • Untuk pemilik rumah, mereka boleh mencari dan menyemak setiap profail pereka bentuk dalaman dan juga contoh-contoh idea serta projek berdasarkan portfolio terkini mereka – lokasi, gaya rekabentuk dan jenis hartanah. Disamping pemilik rumah juga boleh membuat perbandingan diantara pereka-pereka bentuk dalaman yang tersenarai.
  • Manakala kelebihan bagi pihak pereka bentuk dalaman pula, mereka memiliki sistem pengurusan yang lebih sistematik bagi tujuan mendapatkan pelanggan yang berkualiti. Malah setiap perincian kediaman pemilik rumah yang ingin mendapatkan khidmat pereka bentuk dalaman juga lebih khusus dan tepat bagi memastikan kualiti terjamin untuk setiap projek.

Selain daripada fungsi-fungsi yang diterangkan diatas, terdapat juga bahan bacaan seperti tips dan panduan berkenaan dekorasi rumah yang dikeluarkan oleh penulis-penulis Atap.co sendiri, dimana info-info yang dikongsikan itu sudah semestinya sangat membantu dalam proses kita membuat keputusan apabila berhubung dengan pihak pereka bentuk dalaman nanti.

Jadi, pendek kata jika anda pernah terfikir atau berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pereka bentuk dalaman untuk kediaman anda, jangan buang masa dan bazir tenaga lagi ya. Mula layari Atap.co sekarang ataupun sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan inginkan maklum balas yang lebih cepat, boleh hubungi pihak Atap.co secara live chat di atap.co/malaysia/en.

Ataupun boleh juga hubungi mereka di Facebook dan Instagram, melalui pautan dibawah:



TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini