in

ASTRO Tak Hutang Aku Dah


Susulan kes terminate Astro, akhirnya settle jugak urusan. Nampak tak berapa lama proses diorang. Daripada bulan november tahun lepas, sampai masuk bulan februari baru selesai.

Urusan selesai ni pun selepas aku dengan wife pergi buat semakan kat cawangan Astro kat Midvalley 2 minggu lepas, berkenaan dengan refund yang dijanji akan bayar balik pada wife selepas proses tutup akaun tempoh hari.

Seperti yang dijangkakan, nak dapat refund ni pun ada ceritanya yang tersendiri jugak.

Pada mulanya masa confirmation untuk tutup akaun tempoh hari, kitorang dijanjikan akan dipulangkan balik duit lebihan dalam tempoh 2 minggu (maksudnya akhir bulan November 2016 lah akan dapat).

Tup tup.. Masuk tahun 2017, pergi semak kat kaunter. Tu dia.. Tak diproses pun. Grr.. Agak-agak korang nak kena marah ke tak?

Nasib baik lah wakil Astro yang attend kes kitorang kat Midvalley tu jenis yang tak ada bagi banyak alasan. Dia kata dia cuba request claim tu lagi sekali. Dan duit hanya akan dapat dalam 5 hari melalui cheque.

Ok fine. So, kitorang cool. Keluar dari premis Astro, balik rumah (Ikutkan hati, rasa panas gak. Macam mana claim tu diorang tak proses awal-awal).

Kemudian, nak jadi cerita lagi..

Selang beberapa hari, pihak Astro call isteri aku. Pot pet pot pet dia explain.. dia cakap macam mana dengan wife aku pun aku tak pasti. Yang aku faham, wife terangkan pada aku bahawa pihak Astro mohon kebenaran untuk proceed refund duit kitorang secara tunai. Maksudnya akan dimasukkan direct ke dalam akaun bank instead of bagi cheque seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Kata pihak Astro yang call tu lagi, refund melalui tunai lebih cepat dan dalam masa yang sama untuk elakkan cheque hilang.

Aku tanya.. cepat tu berapa lama? Wife kata Astro bagitahu, kalau melalui tunai.. dapat dalam 2 minggu.

What? 2 minggu?

Sebelum ni kata refund by cheque ambil masa 5 hari je. Tapi sekarang tukar refund dengan tunai lebih laju, dan tempoh prosesnya hanya ambil masa 2 minggu.

5 hari VS 2 minggu. Mana lagi laju? Wut da fish. Hmm..

Since wife dah agree dan dah end conversation pun. Aku tak boleh nak cakap apa dah. Cuma boleh tunggu je Astro bagi refund cash seperti yang djanjikan, dengan harapan tak kena kencing lagi. Sebab ikut kata wife, dia setuju sebab lagi tak sedap hati kalau Astro bayar melalui cheque. Kang silap-silap hari bulan, cheque betul-betul hilang ke apa ke dan 1001 alasan lain yang mungkin diberikan.. lagi haru dibuatnya.

So.. Kitorang tunggu.

Tunggu.. tunggu.. dan terus tunggu.

Dan..

Pagi ni.. seminggu lebih selepas tarikh terakhir kitorang follow up di Midvalley. Akhirnya, duit tu dikembalikan juga. Alhamdulillah!

Dapat jugak refund tu. RM60+. Settle weh urusan kitorang berdua dengan Astro! Rasa macam nangis sebab terharu dengan kebaikan Astro.. duhhh! Tak sangka Astro menepati janji mereka. Ikut pengalaman rakan-rakan yang pernah aku tanya, selalunya dicapati. Hak hak hak.

Maka dengan ini, hutang Astro dengan aku RM60+ aku dah selesai. In future, takkan aku “rujuk” lagi dengan Astro ni.

Sanggup tengok RTM je tiap-tiap hari. Tapi, tak jugak sebenarnya.. sebab kini cintaku dah beralih arah pada UniFi. Ada HyppTV lagi. (UniFi promo, RM179 untuk 30Mbps. Kalau nak pasang, contact aku). Hehehe

p.s.: Dengar cerita ada blogger hipster pun dalam proses terminate akaun Astro jugak tu. Harap-harap cerita dia tak sepanjang cerita aku.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *