in ,

Astro Celebrates Merdeka


Hari ini dapat menghadirkan diri ke event Astro Celebrates Merdeka di Midvalley Megamall yang ber-tag-kan #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond. Ramai juga blogger yang sempat Hafiz jumpa, antaranya Cik Lily Putih, Yana Yassin, Akubiomed, Kifli Mally, Fazrol, Sohoque, Mr.Jocko, Isaac Tan dan blogger popular Redmummy.

hafizrahim_redmummy

Dianggarkan blogger yang datang seramai 100 orang. Happening woo. Dah macam tempat gathering blogger. Hafiz yang datang atas tiket jemputan ChurpChurp tiba-tiba rasa over excited pula.

Aktiviti sepanjang event termasuklah sesi bergambar, beramah mesra, majlis pelancaran, live performance dan blogger contest dimana semua blogger yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan cabaran yang diberikan.

Part contest ini best kerana dalam acara ini kumpulan-kumpulan blogger dapat dilihat begitu bersemangat dalam menyiapkan 27 tugasan masing-masing. Ada yang jadi penyanyi, ada yang jadi pelawak, ada yang yang jadi tukang urut..dan yang paling best, yang main peluk-peluk pun pun ada gay. Haha.

blogger gay

Blogger contest akhirnya dimenangi oleh team Sohoque dan Fazrol. Ces..sipi-sipi team Hafiz nak kalahkan team diorang. Sekadar cucuk angin dapat 1st Runner up pun kira okay lah. Mentang-mentang team diorang ada awek cun. Nasib je tu diorang menang. Hehe.

SELINGAN

Habis je upacara penyampaian hadiah kepada pemenang, tiba-tiba ada awek cun yang datang menyapa.

“Hafiz, congrats team you dapat 1st runner up. Dari tadi lagi I cari you tau, busy betul. Mengalahkan husband I pulak. I dengan mama dah nak balik, so jangan lupa datang open house raya rumah I nanti ye. I dah SMS you malam semalam, you tak reply pun. Takut you tak dapat SMS tu je. Ingat tau.” kata Lisa Surihani dengan nada manja.

“Okay Puteri Lisa”, jawab aku sambil cover senyum bila nampak ada paparazzi tengah shoot gambar kitorang berdua.

ex-boyfriend lisa surihani_troll
Lisa Surihani yang comel

p/s: First time bateri fon daripada 85% habis dalam tempoh masa 2 jam lebih.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

37 Comments

Leave a Reply
  1. Korang sume gile insta video la time nie kan…. btw nampak muka teruja bila pose ngan LISA … keh3x

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *