in ,

Asma Yang Merunsingkan Ibu Bapa, Anak Kecil Menanggung Derita Menghidapnya


Jom bersama aku kenali asma.

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas) selain sesak dada, sesak nafas dan batuk.

Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

  • Jangkitan pernafasan dan selesema
  • Pendedahan kepada asap rokok
  • Reaksi alahan atau alergi terhadap debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
  • Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tekanan (stress)
  • Latihan (senaman)
  • Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa. Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.

Terdapat 2 Jenis Ubat-Ubatan Asma

  1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene.

    Contoh ubat: Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone.
  2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.  Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).

Namun begitu selain ubat yang disyorkan oleh doktor, suplemen juga boleh diamalkan untuk mengurangkan gejala asma. Perkembangan nanoteknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat daripada nutrisi yang terbaik dan menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan.

Diffenz Junior yang dihasilkan oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi membekalkan sumber-sumber nutrisi yang cukup untuk meningkatkan sistem imun badan kanak-kanak.

Disebabkan badan kita tidak menghasilkan vitamin-vitamin penting seperti vitamin C dan D, pengambilan vitamin-vitamin ini melalui makanan harian dan tambahan sangatlah penting. Namun begitu, kekurangan kedua-dua vitamin C dan D ini dapat diatasi dengan kemajuan sains dan teknologi kini iaitu melalui pengambilan makanan tambahan.

Diffenz Junior dilengkapi dengan 18 jenis vitamin dan mineral serta diperkaya dengan khasiat Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-camu yang mampu menyokong sistem imun badan. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun. Ia  berbentuk tablet kunyahan berperisa oren yang sedap dan lazat.

6 Bahan Berkhasit Dalam DIFFENZ JUNIOR

Jom kita kenali dengan lebih lanjut apakah bahan-bahan yang ada di dalam Diffenz Junior.

  1. Cendawan Susu Harimau

Cendawan Susu Harimau merupakan sejenis cendawan herba tempatan dan merupakan Khazanah Malaysia. Nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia dikatakan hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak tumbuh secara berkelompok atau berjemaah macam cendawan lain tapi sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya. Ia tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan sangat sukar diperolehi. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram!

Eskayvie Diffenz Junior telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anda perlukan.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau

  • Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
  • Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
  • Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
  • Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.
  1. Kolostrum

Kolostrum merupakan susu pertama yang dihasilkan oleh ibu dan juga dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

Ia juga membantu:

  • meningkatkan sistem imun badan
  • melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
  • kesan anti-mikrob dan anti-virus
  • melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
  • menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat
  1. Multivitamin & Mineral

Kesihatan yang optimum hanya diperolehi apabila multivitamin & mineral yang diperlukan oleh badan cukup. Kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater akan menghadapi kekurangan nutrisi ini.

Multivitamin dan mineral ini dapat membantu:

  • melengkapkan keperluan nutrisi
  • menyokong penglihatan
  • merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
  • melindungi diri daripada jangkitan
  • membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
  • membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
  1. Buah Camu-camu

Camu-camu dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap. Ia mengandungi antioksidan yang penting untuk menguatkan sistem imun badan.

Kebaikan Buah Camu Camu:

  • Menguatkan sistem imun
  • Antioksidan dan anti-radang
  • Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mengawal gula darah
  1. Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan badan tidak mampu menghasilkannya. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

  1. Vitamin D

Sumber utama vitamin D dalam badan adalah daripada matahari, namun ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

  • Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.
  • Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc.
  • Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai daripada sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D.

Apa Kata Pengguna Diffenz Junior?

ADIK JANNAH, 7 TAHUN, KUALA LUMPUR, SI KECIL TAK LAGI BERGANTUNG KEPADA NEBULIZER, IBU TARIK NAFAS LEGA.

Adik Jannah telah menghidap asma semenjak berusia 1 tahun dan terpaksa menggunakan inhaler untuk mengurangkan serangan. Namun begitu, penggunaan inhaler yang berterusan membuatkan adik Jannah mengalami gejala sampingan seperti badan menggeletar (shaking) dan muntah-muntah. Jadi, setiap kali diserang asma, Pn Wana terpaksa membawa anak kesayangannya itu ke hospital bagi mendapatkan nebulizer.

Syukur Alhamdulillah, selepas berikhtiar dengan Diffenz Junior, ia bukan sahaja membantu menguatkan sistem imun, malah mampu melindungi serta menguatkan paru-paru. Kini, adik Jannah tidak lagi memerlukan nebulizer sebagai bantuan pernafasan.

Tidak salah jika ibu-ibu terus berikhtiar mencari penawar yang terbaik untuk kesihatan anak. Diffenz Junior yang diformulasikan dengan Cendawan Susu Harimau serta buah Camu-camu terbukti keberkesanannya dalam membantu memulihkan paru-paru serta meningkatkan tahap imun dalam badan.

Sama-sama kita ikhtiar yang terbaik untuk si kecil.

Setiap penyakit yang pasti ada penawarnya. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk berusaha mendapatkan rawatan dan penawar yang terbaik bagi mereka.

Bekalkan perlindungan yang lengkap untuk diri dan anak-anak agar tubuh mereka menjadi lebih bersedia. Dapatkan set perlindungan seisi keluarga Diffenz Junior bersama Diffenz hanya dengan harga RM60 sebotol.

Bersama kita hidup sihat dan tingkatkan sistem imun badan dengan pengambilan suplemen Diffenz Junior dan Diffenz ini.

Dapatkan Diffenz Junior dan Diffenz hari ini juga untuk perlindungan harian anda dan sekeluarga. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.

Korang boleh dapatkan Diffenz ni di laman web dan media sosial dibawah.

Website: www.eskayvie.com

Facebook: www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram: www.instagram.com/eskayviemalaysia_


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Comments

Leave a Reply to aniesCancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge