in

Applikasi Sticky AI Untuk Mereka Yang Ingin Mengubah Gambar Selfie Menjadi “Sticker”


Bosan dengan sticker sedia ada di dalam telefon pintar korang? Inginkan sticker yang lain dari yang lain? Ataupun lebih mengujakan korang jika aku katakan sticker berwajah sendiri? Mungkin korang kena cuba applikasi baru yang diberi nama Sticky AI ini.

Melalui applikasi Sticky AI, ia memfokuskan kepada penghasilan sticker bergambarkan selfie korang, dan sudah semestinya sticker yang dihasilkan adalah untuk digunakan untuk perkongsian dalam aplikasi-aplikasi permesejan.

Sticky AI yang menggunakan kelebihan kecerdasan buatan dalam, hadir dengan ciri-ciri penghasilan sticker yang pantas disamping terdapat beberapa kesan tambahan yang turut disediakan bagi menjadikan sticker yang dibuat menjadi lebih menarik.

Buat masa ini, applikasi ini ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja. Tiada ura-ura ianya akan diperkenalkan kepada pengguna Android. – Muat turun Sticky AI


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. tiada ura2 tu alahai, sedih jadi pengguna android. xpe…ada apps lain boleh buat jadi sticker, IQ da try da…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *