Applikasi Game Badminton Di Alam Maya

Tengah seronok melayan Facebook tiba-tiba seorang blogger ni chat message Hafiz, katanya ada satu applikasi game terbaru yang best untuk smartphone. Hmm..Hafiz ni jenis yang agak pantang kalau orang bagitahu ada applikasi game yang best-best, mesti nak download. So, dengan pantasnya jari jemari comel ni mencari game tu.

Axiata Up your game

Applikasi game yang dimaksudkan adalah AXIATA Cup 2013. Sejenis game sukan yang datangnya dari idea kejohanan AXIATA Cup yang sedang berlangsung sekarang. Kira maju jugalah diorang ni kan, kejohanan badminton lain tak ada buat game pun. Diorang yang pertama keluarkan game yang sebegini. Sesuai sangatlah dengan Hafiz yang sememangnya peminat setia game badminton.

Ok, bercakap tentang applikasi game ini Hafiz boleh katakan yang interface game ini simple tapi susun atur dan corak permainannya agak mencabar. Memerlukan konsentrasi yang penuh oleh pemain, sama seperti bermain badminton didunia nyata. Sebab kalau korang sedikit terleka, pasti akan ter-miss bulu tangkis yang dihantar.

Axiata Cup - Game

Diawal permainan Hafiz rasakan game ini agak susah, tapi lama-lama kelamaan rasa senang pula. Biasalah..bila dah berjiwa game, bagi game apa pun petik jari je. Tengoklah hi-score kat bawah ni, baru 4-5 kali main pun dah masuk dalam ranking. Ada berani lawan? Haha.

Axiata Cup Game - Ranking

Kelebihan applikasi game ini juga bukan setakat platform game, tetapi ia juga menyediakan update terkini kejohanan AXIATA Cup, profile sebenar pemain, gambar-gambar menarik dan juga video. So, kalau terlepas tengok secara live pun, korang akan sentiasa up to date. Bagus..bagus.

Axiata Cup Game

Secara keseluruhannya, Hafiz ratekan applikasi ini 4 daripada 5 bintang. Kiranya tak bosan untuk korang layan. Jadi, untuk sesiapa yang berniat nak challenge ranking Hafiz, sila download cepat-cepat ye sebelum Hafiz masukkan hi-score baru.

Link download:

Android: http://bit.ly/axiatacup2013

Iphone: http://bit.ly/iosaxiatacup

Backberry: http://bit.ly/BBaxiatacup

p/s: Kacang je nak sampai level 4.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

21 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Temujanji Di SC Toyota Segambut

Kisah Hari Sabtu Ku