in

Apple TV+ Dah Dilancarkan Di Malaysia

PARIS, FRANCE - SEPTEMBER 11: In this photo illustration, the Apple TV Plus logo is displayed on an iPhone screen on September 11, 2019 in Paris, France. Yesterday, the US multinational Apple announced at its keynote launch its video on demand web television entitled Apple TV Plus. video streaming service Apple TV + will be available from November 1, 2019 in France and in a hundred countries at a rate of 4.99 euros per month. (Photo by Chesnot/Getty Images)

Hari ni secara rasminya Apple TV+ dilancarkan. Bagi mereka yang baru beli iPhone bermula pada tarikh 1 September 2019, layak untuk menerima langganan Apple TV Plus ini secara percuma selama 1 tahun.

Disebabkan aku baru je beli iPhone 11 Pro tempoh hari, maka aku adalah diantara yang bertuah untuk dapat langganan tersebut secara percuma. Alhamdulillah. Rezeki.

Tapi korang tahu tak Apple TV+ tu apa?

Sebenarnya Apple TV+ ini adalah streaming service yang seumpama dengan Netflix. Ditawarkan bersama pilihan rancangan bersiri dan filem. Pada hari ini, ianya dilancarkan secara serentak di lebih 100 buah negara termasuk Malaysia.

Berapa harga langganan Apple TV Plus?

Tak mahal pun. Kos untuk korang langgan Apple TV+ adalah hanya RM19.90 sebulan dan ianya termasuklah untuk langganan family.

Untuk makluman, Apple TV+ ini secara umumnya terdapat didalam iPhone, iPad, Apple TV, dan juga macOS. Akan tetapi aplikasi Apple TV ni sebenarnya bukan terhad kepada peranti Apple sahaja, malah turut terbina dalam smart TV seperti jenama Samsung, Sony, LG dan Vizio. Manakala bagi pengguna Android, korang boleh membuat tontonan melalui web tv.apple.com.

Kalau korang tanya rancangan ataupun filem apa yang menarik untuk ditonton melalui Apple TV+ ini? Secara jujurnya buat masa sekarang aku tak dapat nak menjawabnya. Cuma apa yang aku tahu, ini adalah senarai rancangan dan filem yang ditawarkan:

See (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)

  • The Morning Show (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • Dickinson (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • For All Mankind (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • Oprah’s Book Club (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • Helpsters (Sesame Street) (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • Ghostwriter (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • Snoopy in Space (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • The Elephant Queen (terus ditawarkan semasa hari pelancaran)
  • Servant (bermula 28 Nov 2019)
  • Truth Be Told (bermula 6 Dis 2019)
  • The Banker (bermula 30 Jan 2020)
  • Little America (TBA)
  • Little Voice (TBA)
  • Amazing Stories (TBA)
  • Home Before Dark (TBA)
  • Mythic Quest (TBA)

Dalam senarai ni antara yang menarik perhatian aku adalah rancangan “See”, iaitu sebuah cerita yang berkisahkan sejenis virus yang menyerang manusia. Sesiapa yang terselamat daripada serangan virus ini akan menjadi buta. Jason Momoa selaku ayah kepada dua anak kembar (dengan keupayaan luar biasa, perlu mempertahankan suku kaumnya daripada bahaya).

By the way, kalau korang antara individu yang layak menerima langganan 1 tahun Apple TV+ secara percuma (kerana baru je beli mana-mana peranti Apple – iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV 4K, Apple TV HD ataupun Mac), untuk menebusnya mudah sahaja.

  1. Buka aplikasi “TV“.
  2. Scroll ke Apple TV+, klik pada mana-mana cerita. Klik pada pada “Enjoy 1 Year Free“. Jika korang dapat mencari mana butang “Enjoy 1 Year Free” tersebut, pastikan peranti korang dikemas kini ke OS versi terkini (iOS, iPadOS, tvOS atau macOS).

p.s: Orang bagi free kita ambil je. Kalau tak best, lepas setahun nanti kita unsubscribe. Hehehe


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge