in

Aplikasi Youtube Kini Hadir Dengan Pilihan Tema Gelap


Salah satu cara untuk mengurangkan penggunaan bateri yang drastik bagi sesebuah telefon pintar adalah dengan menggunakan aplikasi yang mempunyai tema gelap bagi mengurangkan pencahayaan di skrin.

Antara aplikasi yang diketahui sedia menawarkan tema barwarna gelap ini adalah Twitter, dimana sekiranya diaktifkan fungsi tersebut paparan putih akan bertukar menjadi hitam.

Kini mengikut jejak langkah Twitter, aplikasi Youtube juga melakukan perkara yang sama apabila kemas kini terbaru membolehkan pengguna menukar warna tema aplikasi tersebut kepada warna hitam, “Dark Theme“.

Tetapan ini yang boleh dibuat dibahagian “Setting“, hanya memerlukan pengguna untuk menatal butang pengaktifan untuk menukarkan tema yang diinginkan pada aplikasi Youtube mereka.

Berita baik bagi pengguna iOS apabila mereka sudah boleh menerima kemas kini fungsi ini di Apps Store masing-masing. Namun untuk pengguna Android, mungkin perlu menunggu untuk sedikit masa lagi. *Mohon bersabar.

Nota: Fungsi tema gelap sememangnya terbina dalam iOS melalui fungsi Invert Colours (Smart Invert ataupun Classic Invert). Cuma kadang-kala apabila fungsi ini diaktifkan, terdapat beberapa ikon aplikasi yang bertukar kepada warna-warna pelik kerana tidak menyokong fungsi tersebut.

p.s: Kedua-dua aplikasi Twitter dan Youtube aku menggunakan tema gelap. Selain nampak lebih cool, ia juga tak menyakitkan mata ketika berada ditempat gelap. Hee. Jangan lupa follow @hafizmdrahim di Twitter ya.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *