in

Aplikasi Verify Halal, Cara Mudah Untuk Semak Status Halal Sesuatu Produk


Ini berita baik untuk korang yang selalu ada perasaan was-was ketika ingin mencari makan di luar. Aplikasi Verify Halal keluaran Jakim dan Serunai Commerce telah dilancarkan.

Aplikasi ini yang menawarkan fungsi imbasan barkod untuk menyemak status halal sesuatu produk, difahamkan akan menyemak data daripada lebih 6000 syarikat tempatan dan juga lebih kurang 60 badan persijilan peringkat global – termasuk Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Nampaknya, selain applikasi myJakim yang boleh digunakan untuk menyemak status halal secara on the go, aplikasi Verify Halal ini merupakan aplikasi alternatif yang baik untuk memudahkan pengguna Islam membuat semakan.

Bagi korang yang berminat untuk menggunakannya, boleh memuat turun aplikasi ini melalui Apple App Store – Verify Halal untuk iOS.

Manakala sekiranya korang merupakan pengguna Android, disediakan juga muat turun aplikasi ini di Google Playstore – Verify Halal untuk Android.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *