in

Aplikasi Ini Dibina Untuk Mereka Yang Suka Mengabaikan Mesej Yang Diterima


Mesej yang dihantar tidak dibaca untuk satu tempoh yang lama atau sekadar menerima read receipt tanpa maklum balas, kadang-kala memang menyakitkan hati. Lebih-lebih lagi mesej yang dihantar adalah mesej “urgent” yang perlu dibalas dengan kadar segera.

Menyedari masalah ini dan juga atas rasa terdesak untuk tidak lagi berdepan dengan situasi yang menyakitkan hati, seorang individu telah bertindak bijak apabila beliau telah melancarkan satu aplikasi pintar yang dinamakan ReplyASAP.

Tidak seperti aplikasi WhatsApp yang hanya menawarkan paparan bluetick sekiranya mesej diterima dan dibaca, mekanisme penggunaan aplikasi ReplyASAP ini bermula apabila seseorang itu (sebagai contoh: bapa) membeli dan memuat turun aplikasi ReplyASAP (yang bernilai lebih kurang RM4+), kemudian menghadiahkan applikasi tersebut kepada seorang pengguna yang lain (contoh: anak) lalu si anak menerima, memuat turun dan memasangnya di telefon .

Sebaik aplikasi ini tersedia didalam telefon, si bapa boleh menghantar mesej yang akan mencetuskan bunyi “alarm” pada telefon si anak, yang mana sekiranya tidak dibaca atau tidak diberi maklum balas, alarm ini akan terus berbunyi.

Maklum balas yang dimaksudkan disini adalah 2 pilihan, sama ada menekan butang snooze yang akan menghentikan alarm untuk seketika (3 minit sahaja, kemudian alarm akan kembali berbunyi. Alarm juga masih akan berbunyi sekiranya telefon didalam keadaan silent mode). Manakala pilihan kedua dengan menekan butang cancel – yang mana sekiranya si anak berbuat demikian, si bapa akan menerima notifikasi mesej itu telah diabaikan.

Fungsi yang lebih menarik didalam aplikasi ini juga, apabila ia terbina dengan fungsi pengambilalihan skrin. Yang mana sekiranya mesej diterima, ia akan menutup segala paparan yang sedang terpapar di skrin telefon si anak.

Well.. jika diamati fungsi yang disediakan ini, boleh dikatakan ia sesuai dengan nama yang diberikan. Ini bermakna aplikasi ReplyASAP akan terus mengejar si anak untuk memberi respon terhadap mesej yang dihantar oleh si bapa tanpa mengira apa yang sedang dilakukan oleh si anak.

Sesuatu yang bagus kan?

Ya, memang bagus. Tambahan lagi apabila aplikasi ini juga bukan hanya beroperasi pada satu hala. Malah, melalui telefon si anak juga ia berupaya melakukan perkara yang sama. Si anak menghantar mesej,  telefon si ayah pula akan berbunyi alarm tanpa henti sekiranya tidak dijawab – sangat berguna ketika anak berada dalam keadaan kecemasan.

Jika dilihat dari sudut positif, walaupun aplikasi ini mungkin menjengkelkan sesetengah remaja yang inginkan kebebasan, tetapi ia sebenarnya mungkin berguna untuk ibu bapa yang sering risaukan anak-anak mereka. – Dunia sekarang makin dipenuhi dengan orang gila, jadi aplikasi ini mungkin boleh menjadi penyelamat kepada situasi genting.

Menurut pemilik aplikasi ReplyASAP ini, idea membina aplikasi ini sebenarnya bukan untuk memaksa seseorang untuk menjawab mesej yang dihantar, namun sebaliknya ia adalah untuk memaksa penerima untuk melihat mesej yang telah dihantar.

Perhatian: Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma, cuma pengguna akan dikenakan caj sekiranya ingin menambah bilangan penerima. Buat masa sekarang muat turun hanya tersedia kepada pengguna Android, dan dijangka akan dikeluarkan kepada pengguna iOS pula dalam masa yang terdekat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *