Nostalgia buku 555 yang sering digunakan untuk mencatat hutang-hutang, kini diberi nafas baru selaras dengan era modenisasi dan teknologi yang berkembang pesat. Kalau korang jenis yang mudah lupa nak rekod-rekod hutang korang, aplikasi buku 555 ini mungkin boleh menjadi teman baik korang selepas ini.
Dengan paparan yang minimal serta mudah digunakan, malah segala maklumat hutang boleh disimpan rapi tanpa akses pihak ketiga dengan tetapan nombor pin rahsia, keselamatan data-data hutang korang terjamin daripada daripada pengetahuan orang lain.
Satu fungsi menarik aplikasi buku 555 ini apabila ia mampu memaparkan jumlah hutang-hutang tertunggak yang perlu dibayar ataupun yang perlu diterima, disamping ia juga dapat mengira berapa baki hutang sekiranya dijelaskan secara ansuran. Tak dilupakan juga paparan jumlah keseluruhan hutang yang tinggal.
Well.. Satu inisiatif yang bagus yang boleh diberi pujian terhadap Data & Roses Sdn Bhd kerana berjaya mewujudkan aplikasi sebegini kerana seperti ramai yang sedia maklum, telefon pintar adalah rakan baik kepada semua orang tanpa mengira miskin ataupun kaya.
Maka, dengan kewujudan aplikasi ini sedikit sebanyak membantu orang ramai dalam menguruskan perihal hutang masing-masing.
Bagi korang yang ingin mencuba aplikasi Buku 555 ini, korang boleh memuat turun secara percuma di App Store dan Play Store masing-masing. Pautan rasmi adalah seperti yang tertera dibawah:
Buku 555 untuk iOSBuku 555 untuk Android
p.s: Sejujurnya aku tak banyak berhutang dengan individu, maka penggunaan aplikasi Buku 555 dalam hidup aku lebih kepada merekodkan urusniaga kerja-kerja freelance. Heee.
wah terbaik ni, tq sharing yer 😉
fuhhh hebat. nk install lah
menariknya apps ni. terasa nak donload pula..
Salam apps ni dah x boleh guna, bagaimana nak dapat semula data yang telah disimpan