Bagai menggamit memori lalu, beberapa hari lepas dinner di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur di Jalan Tun Razak. Betul-betul bersebelahan dengan bangunan tempat kerja lama. Selok belok tempat ni boleh kata dah lama dalam tangan aku. So bila ada kawan ajak datang dinner sini untuk cuba buffet Ramadan 2018, dengan pantasnya aku jawab boleh datang. Hohoho.
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, satu hotel yang tak asing di Kuala lumpur. Secara umumnya.. Hotel ini juga physically attached dengan building lain, sama macam DoubleTree by Hilton Melaka. Akan tetapi meskipun berkongsi bangunan dengan yang lain, ianya masih lagi menyediakan fasiliti yang terbaik bagi tetamu yang berkunjung.
Untuk makluman, bagi tetamu yang nak datang bermalam disini mereka boleh terus ke kaunter reception di tingkat 1. Disana, kaunter reception yang panjang dan cantik menunggu tetamu.
Manakala, kalau ada diantara korang yang nak datang melepak menjamu selera sambil menikmati pandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur yang cantik, boleh terus naik ke restoran Makan Kitchen yang berada di tingkat 11.
Mengisi perut di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
Bila sebut saja makan-makan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, sememangnya perasaan excited tu memang membuak-buak dalam diri aku.
Ya lah.. hotel 5 star kot. Tempat eksklusif. Gila ko tak excited.
Dengan kualiti masakannya yang bertaraf antarabangsa serta warm welcome dari penyambut tetamu yang manis, ditambah juga dengan langkah pertama untuk masuk ke sana mata dijamu dengan pandangan puluhan menu-menu menarik yang tersusun rapi diatas dining area. Serius, aku teruja.
Dengan perasaan yang cukup teruja itu, first thing first.. tentulah dengan mengambil gambar-gambar makanan untuk dijadikan tatapan pembaca dalam blog. Saja je sebenarnya nak bagi korang terliur sama. Hahaha.
Ruang penyediaan buffet ramadan hotel DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ini terbahagi kepada 3 bahagian, dimana setiap daripadanya adalah terdiri daripada menu masakan melayu, cina dan india dengan dekorasi yang tersendiri.
See.. banyak tak makanan-makanan untuk buffet Ramadan DoubleTree by Hilton KL? Banyak kan.
Aku sendiri pun tak tahu nak makan yang mana satu dulu.
Untuk menambahkan keselesaan korang ketika makan, restoran Makan Kitchen DoubleTree KL ini juga menyediakan ruang makan yang eksklusif. Terdapat beberapa pilihan sama ada korang nak duduk tepi tingkap ke, kat luar open air ke ataupun tempat yang agak privacy macam dalam closed are gitu, you choose.
Cuma kalau nak duduk tempat yang sediakan meja besar macam ni, kena book awal-awal la. First come first serve.
Habis menjamu selera, tanggungjawab terhadap tuhan jangan dilupakan.
Agak beruntung kepada kaum lelaki sebenarnya kerana lokasi surau berada di aras yang sama, cuma ianya agak terseorok kedalam.
Mungkin sekiranya ada tetamu yang hadir untuk kesana, perlu meminta bantuan daripada pekerja hotel untuk guide korang ke sana.
Sebabnya, dari luar tak ada signage surau (or mungkin juga aku tak perasan sebenarnya.. hahaha). Manakala untuk perempuan, korang kena turun satu tingkat dimana suraunya terletak di tingkat 10.
Selesai solat, mereka yang ingin menyambung makan boleh menikmati menu-menu pencuci mulut lain yang masih ada. Tak kisah lah kalau tak nak pencuci mulut pun.. atau berapa kali korang nak topup makan lain, cuma perlu diingatkan restoran Makan Kitchen ini akan tutup pada jam 10.30 malam.
Kalau nak lepak lebih lama dari tu, sila pergi sambung kat kedai mamak pulak. Hahaha.
Jadi, untuk info sekiranya korang tergerak hati nak berbuka puasa disini nanti. Buffet Ramadan DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur ini menawarkan harga RM148 bagi seorang dewasa untuk minggu pertama Ramadan (17 Mei – 23 Mei 2018).
Pada minggu kedua dan ketiga pula (24 Mei – 7 Jun 2018) harganya akan berubah kepada RM158/person. Manakala harganya akan turun kepada RM128 pada minggu terakhir Ramadan (8 Jun – 14 Jun 2018).
Early bird akan mendapat harga istimewa dengan kos semurah RM129/person. Namun perlu diingatkan untuk membuat tempahan bermula 15 April sehingga 15 Mei 2018.
Untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan, korang boleh je hubungi talian tetap mereka di 03-2172 7272. Nanti person in charge akan bagitau la next step untuk book macam mana. Atau korang nak tengok info melalui laman web, boleh layari www.flavoursbydoubletreekl.com.
perghhhh rugi lak rasa x join g makan. aduhhhh
Pergg sedapnya tgk.. Dah lah tak makan lg skrg ni.. Huwaaa myesal tgk.. Sedapnya
Puas hati dapat makan dan buka puasa kat sini..makanan banyak.
Ok baru sedar byk benda yg tak makan hahha.. repeat pls
Adoiii teruih teringat ingat sedapnya makan kat situ, terliuqqq
Wahhh macam² menu ada, semua nampak menyelerakan.