Beberapa tahun sudah rasanya ramai golongan berpendapatan rendah B40 yang dah merasa imbuhan yang diberikan kerajaan dalam bentuk bantuan kewangan yang dipanggil BR1M. Namun, ianya kini berubah nama kepada skim Bantuan Sara Hidup Rakyat selepas tampuk pemerintahan kerajaan lama (BN) diambil alih oleh parti Pakatan Harapan.
Actually aku tak ada apa-apa niat untuk melaga-lagakan mana-mana pihak dengan memetik isu berkaitan politik ini, cuma sebenarnya tertarik untuk berkongsi info setakat mana yang aku faham mengenai skim Bantuan Sara Hidup Rakyat yang di baru diperkenalkan ini.
4 pecahan kategori penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat
Bermulanya skim BR1M untuk membantu rakyat yang diperkenalkan beberapa tahun dulu sememangnya tak dinafikan ia adalah skim yang sangat membantu rakyat dalam menampung keperluan hidup. Dengan kos perbelanjaan yang semakin meningkat, even bantuan RM50 pun dah sangat-sangat membantu dalam kelangsungan hidup rakyat.
Tetapi, biasalah kan. Bila ada pihak baru yang ambil alih pemerintahan, sudah semestinya ada perubahan atau penambahbaikan yang dilakukan, betul tak?
Bercakap mengenai perubahan atau penambahbaikan, apa yang aku perasan didalam skim baru Bantuan Sara Hidup 2019 terdapat sedikit perubahan terhadap kategori penerima-penerima. Dimana didalam skim bantuan BSH 2019 ini, bakal-bakal penerima akan dibahagikan kepada 3 kategori berlainan pendapatan isi rumah.
- Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM2000 akan menerima sebanyak RM1000,
- Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah dalam lingkungan RM2001-3000 akan menerima sebanyak RM750,
- Manakala, mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah pendapatan didalam lingkungan RM3001-4000 pula akan menerima sebanyak RM500.
Berdasarkan pecahan kategori ini, secara peribadinya aku boleh katakan ianya slightly better than previous BR1M kerana pecahan kategori baru ini dilihat lebih memfokuskan kepada mereka yang betul-betul memerlukan duit.
Malah, dengan adanya kadar tambahan BSH sebanyak RM120 bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah (maksima 4 orang), ianya sedikit sebanyak melegakan ibu bapa yang rungsing dalam menyediakan keperluan pembelajaran anak-anak. Tambahan lagi, special treatment untuk mereka yang mempunyai anak yang disahkan sebagai OKU juga, kerana tiada had umur diletakkan bagi anak-anak istimewa untuk menerima kadar tambahan ini.
Jadi sekadar pendapat peribadi aku, good job pada pihak yang bertanggungjawab melaksanakan dan memberikan idea dalam penambahbaikan skim ini. Diharapkan ia akan diteruskan sehingga bila-bila. Benda yang baik kita sokong, benda yang buruk kita bangkang. Cheers.
By the way, untuk korang yang baru pertama kali ingin membuat permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat, korang boleh menyemak syarat-syarat permohonan terlebih dahulu.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Mereka yang tidak menetap di Malaysia, mereka tidak layak untuk membuat permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019.
- Pemohon mestilah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan bulanan keluarga di bawah RM4000. Mereka yang berada di paras pendapatan berkenaan tidak dibenarkan membuat permohonan.
- Warga emas yang hidup sebatang kara dan berumur 60 tahun ke atas dibolehkan memohon; dengan syarat pendapatannya adalah di bawah RM4000.
- Atau, pemohon adalah seorang lelaki atau perempuan bujang yang berumur 21 ke atas dengan pendapatan di bawah RM2000.
Kemudian sekiranya berkelayakan untuk permohonan, korang boleh isi borang permohonan di pejabat LHDN yang terdekat atau isi saja borang online di bsh.hasil.gov.my.
Info rujukan penting lain yang korang perlu tahu adalah:
Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019
Buat masa sekarang, tarikh rasmi belum dikeluarkan. Namun, korang boleh menyemak artikel ini semula dari semasa ke semasa untuk sebarang kemaskini. Namun, kebiasaannya boleh dikatakan pembayaran skim bantuan ini adalah secara berperingkat yang mana ia akan dilakukan sebanyak 3 kali. Cuma untuk pemohon yang berstatus bujang hanya akan menerimanya sekali sahaja.
Semakan pembayaran duit Bantuan Sara Hidup 2019
Terdapat 2 cara untuk menyemak sama ada pembayaran duit Bantuan Sara Hidup Rakyat telah dimasukkan ke dalam akaun ataupun tidak, iaitu:
- Semakan melalui online di laman web bsh.hasil.gov.my dengan memasukkan no kad pengenalan.
- Semakan melalui bank. Namun semakan adalah pilihan sama ada korang ingin ke kaunter ataupun tidak, kerana kebanyakan bank tempatan menyediakan perbankan online yang tersendiri. Jika korang mempunyai akaun perbankan online, terus sahaja semak di akaun online tersebut.
Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat ini, mereka juga telah mewujudkan talian hotline bagi menjawab segala persoalan korang.
- Hotline Kementerian Kewangan – 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM – 1-800-88-2716
- Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.