Isinya rasa seperti ayam, tapi ia bukan ayam. Ia hidupan laut yang tiada kaki, tiada tangan dan datang daripada jenis pemakan karang.
Ia jarang-jarang boleh ditemui di pasar. Hidupan itu dikenali dengan nama ikan ayam atau nama lain, ikan jebong.
Dari bentuk kepala, tubuh badannya.. ikan ini kelihatan agak pelik. Tetapi jangan terkejut, bila makan isinya.. Pehhh! sedap menjilat jari.
Ikan jebong atau nama saintifiknya Abalistes stellaris hidup di laut dalam. Agak sukar untuk ditemui dipasar terutamanya di pasar borong Selangor, Seri Kembangan.
Sejak aku berulang alik setiap minggu ke pasar itu pada hujung minggu, belum pernah lagi aku terserempak dengan ikan jebong ini.
Mengidam.. Dah lama tak makan. Kalau diselak balik memori lama, mungkin dah berbulan rasanya tak jamah lauk ikan jebong masak merah.
Dan, setakat yang aku pernah tahu dan makan, ada dua jenis ikan jebong. Satu yang berkulit tebal keras, dan lagi satu, yang berkulit nipis lembut.
Langkah kanan minggu lalu apabila mengintai masuk ke dalam pasaraya Tesco IOI City Mall, ternampak susuk tubuh ikan ini dilonggokan dibahagian pasar basah.
Harga? RM19/kg.
Hmm.. Agak mahal.
Tetapi memandangkan keinginan nak makan tu dah lama bergelora dalam diri, maka aku nekadkan hati je untuk beli seekor. Lalu, disuruhnya pekerja yang bertugas untuk siang kulit ikan jebong ni, potong kecil-kecil dan bayar.

Ini hidangan yang dimasak oleh puan isteri. Ikan jebong masak merah. Fuuu.. Nikmatnya makan. Hilang terus rasa mengidam. Kalaulah dapat makan hari-hari kan best. Hehehe.
p.s: Tempat korang panggil ikan jebong ni ikan apa?
wahh pestaim dengar nama ikan jebong ni.. mesti mahal giler kan hehe
Sedap ikan jebong ni.. walaupun rupanya hodoh, tp memang saya selalu mancing ikan ni.
mantap, sepertinya nikmat sekali
Ikan jebong pernah dengar kalau tak salah yang betulang tu tak?
Kalau ditengok sedap ni ikannya..
apa efek gambar hehehe
Gambar tu ikan barat….jebong atam lau bintik2 warna
ikan ayam