in

Apa? Genesis?


Hujung minggu lepas banyak masa Hafiz yang terluang dihabiskan dengan mentelaah manual framework Genesis. Semua ini disebabkan oleh seorang rakan FB yang telah berbaik hati menyedekahkan framework theme tersebut kepada Hafiz beberapa minggu lalu (kalau sekarang ni nak beli guna duit sendiri memang kirim salam lah, mahal tu).

Genesis

Genesis..Dikenali sebagai pesaing kepada framework Thesis, ramai yang telah sedia maklum akan kelebihan framework ini dari segi SEO dan mesra search engine. Matlamat utama kelebihan tersebut tentulah tidak lain tidak bukan iaitu membantu menyumbangkan trafik organik ke blog tanpa perlu blogger bersusah payah memikirkan strategi yang perlu dilakukan untuk memastikan entri tersenarai di muka pertama search result.

Bunyi macam gempak kan? Ye, memang gempak. Kalau tidak, takkan ada blogger otai yang sanggup menjadi die hard fan framework tersebut. Disebabkan tertarik dengan ke-gempak-an framework tersebut, berkemungkinan besar dalam masa yang terdekat ini blog Hafiz Rahim akan sekali lagi bertukar wajah. Dengan harapan sedikit sebanyak ia membantu dalam meningkatkan lagi prestasi dan branding blog ini.

p/s: masih newbie kepada Genesis, perlu tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

31 Comments

Leave a Reply
    • Buat masa ni saya suka guna thesis.

      Jika saya ada modal lebih, mungkin genesis akan menjadi pilihan saya akan datang.

      Apapun thesis yang saya guna sekarang adalah hadiah dari rakan.

      Rakan tersebut blogger popular malaysia.

      Saya suka berawan dengan dia. Sebab dia baik. Nak tahu siapa dia blogger tersebut?

      Nantikan perkongsian artikel di blog saya. Dan semestinya anda wajib jadi follower blog saya. hihih – keep smile –

      • Saya pun ade theme thesis..dah lupa dapat kat mana..tapi tak berapa mahir guna..lagi2 genesis untuk standard template pun dah macam ok bagi saya..sebab tu pilih genesis..(malas nak edit2 sangat)..haha..oo ok2..akan jenguk selalu blog bro.

  1. Ambe sekadar tau namelah bro..

    Tak sabor pulak nak tgk penampilan dan ke-gempak-kan wajah abru blog ni…

    p.s. tahniah bro menang micro blog! terbaiklah!

  2. Me also use genesis framework with nomadic child theme. it is lightweight and reduce the loading time plus seo friendly

Leave a Reply to Asyrof Asri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *