in

Apa? Genesis?


Hujung minggu lepas banyak masa Hafiz yang terluang dihabiskan dengan mentelaah manual framework Genesis. Semua ini disebabkan oleh seorang rakan FB yang telah berbaik hati menyedekahkan framework theme tersebut kepada Hafiz beberapa minggu lalu (kalau sekarang ni nak beli guna duit sendiri memang kirim salam lah, mahal tu).

Genesis

Genesis..Dikenali sebagai pesaing kepada framework Thesis, ramai yang telah sedia maklum akan kelebihan framework ini dari segi SEO dan mesra search engine. Matlamat utama kelebihan tersebut tentulah tidak lain tidak bukan iaitu membantu menyumbangkan trafik organik ke blog tanpa perlu blogger bersusah payah memikirkan strategi yang perlu dilakukan untuk memastikan entri tersenarai di muka pertama search result.

Bunyi macam gempak kan? Ye, memang gempak. Kalau tidak, takkan ada blogger otai yang sanggup menjadi die hard fan framework tersebut. Disebabkan tertarik dengan ke-gempak-an framework tersebut, berkemungkinan besar dalam masa yang terdekat ini blog Hafiz Rahim akan sekali lagi bertukar wajah. Dengan harapan sedikit sebanyak ia membantu dalam meningkatkan lagi prestasi dan branding blog ini.

p/s: masih newbie kepada Genesis, perlu tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

31 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *