Anjing Kacukan Khinzir

Re-post entry dari blog lama

Seekor haiwan yang menyerupai anjing dan warna kulit yang seakan-akan babi khinzir dijumpai berkeliaran di bandar Xinxiang, China. Kedudukan bandar tersebut yang dekat dengan pusat penyelidikan sains dan sekolah perubatan, membuatkan penduduk setempat percaya bahawa haiwan tersebut merupakan hasil eksperimen campuran genetik anjing dan babi khinzir yang terlepas dari kawalan. Tetapi pihak berkuasa tempatan mendakwa haiwan tersebut merupakan anjing dari baka Chinese Crested yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Entah la yang mana betul. Tapi dari gambar ni pun nampak macam anjing je. Mungkin sebab penduduk tempatan tak biasa tengok anjing mahal-mahal dan pelik, so mereka anggap je anjing ni haiwan hasil eksperimen.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *