Android?

Makin hari makin ramai orang yang guna smartphone. Bermacam brand kat luar sana, Iphone, Samsung, HTC, Blackberry, Nokia & etc. Depend kat poket masing-masing la tebal ke nipis. Macam Hafiz ni poket aku nipis je. Tu pun orang dah pakai lama baru dapat merasa. Tak kisah lah. Hafiz bukan Hantu Gadget pun.

Apa itu Android?

Secara generalnya, Android ni sistem operasi yang diguna pakai oleh smartphone atau tablet tertentu. Android tak terikat dengan mana-mana brand handphone contoh macam Samsung, HTC, Nokia, Motorolla & etc. Macam Apple diorang memang gunakan iOS & Blackberry guna Blackberry OS. Android asalnya diusaha oleh Android Inc., tapi kemudiannya dibeli oleh Google.

Mempunyai banyak versi:

  • Android 1.0
  • Android 1.1
  • Cupcake 1.5
  • Donut 1.6
  • Eclair 2.0/2.1
  • Froyo 2.2 <–Samsung Gio pakai yang ni
  • Gingerbread 2.3
  • Honeycomb 3.X
  • Ice Cream Sandwich 4.0.X
  • Jelly Bean 4.1

Dari apa yang diketahui, operating system Android ni fungsinya lebih meluas. Korang boleh download macam-macam application baik yang free ataupun yang kena bayar. Yang kena bayar pun murah je.

Info tambahan

Jangan tak tau, sistem Android asal yang didatangkan dengan phone yang korang beli tu sebenarnya boleh di “hack” atau pun dipanggil “Rooting“. Rooting ni dalam ayat yang senang difaham, kita hack system tu supaya kita boleh access function Admin. Contoh senang nak difaham; Dalam pc or laptop korang, kalau dalam user “Guest” access adalah terhad terhad (tak boleh nak install applikasi dll), kalau pakai user “Admin” semua korang boleh buat. Tukar password pun boleh.

Kenapa nak hack?

Yela, kadang-kadang kan orang selalu complain Android ni kuat pakai bateri lah, slow lah, ade default application yang taknak pakai la. Bermacam-macam alasan. So dengan cara rooting ni la kita boleh adjust semua tu. Termasuk adjust RAM, delete application yang kita taknak, remove cache ke SD card & etc.

Ada dua jenis rooting yang:
Soft root – yang ni temporary je. boleh tukar kepada setting asal balik
Permanent root– yang ni kekal.

Cara rooting depend kepada model handphone. Ada yang senang dan ada yang complicated. Kena pandai-pandai lah cari. Nak lagi senang, hulur duit kat kedai je.

p/s: Hafiz root sendiri je. Banyak forum Android yang ajar tutorial.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    New incognito window

    Secure Browser

    Root Samsung Galaxy

    Cara Nak Hack Android