Android untuk Windows

Bagi pengguna Windows yang gemarkan applikasi Android, kini ada berita gembira untuk korang. Terdapat satu software menarik yang mampu membolehkan korang menggunakan ratusan ribu applikasi Android melalui komputer Windows korang. Software itu dipanggil, BlueStacks.

Bluestacks baru sahaja diperkenalkan kepada umum dan buat masa ini ia masih di peringkat BETA. Ditawarkan secara percuma dimana korang hanya perlu muat turun dan pemasangannya akan dijalankan secara automatik apabila muat turun selesai.

Sebagai pengenalan, terdapat dua applikasi yang telah diinstall bersama iaitu Facebook dan Twitter. Untuk applikasi-applikasi menarik yang lain, korang boleh membuat carian. Carian itu termasuklah dalam carian Google Play dan Amazon AppStore.

Dalam percubaan Hafiz menggunakan Bluestacks ini, interface yang menyediakan notification bar sedikit sebanyak menyerupai Android. Tetapi secara jujurnya terdapat error semasa Hafiz cuba untuk memuat turun beberapa applikasi yang lain (salah satunya Angry Bird). Mungkin disebabkan ia masih dalam versi BETA, perkara sebegini memang dijangkakan akan berlaku. Atau mungkin juga minimum requirement komputer Hafiz tidak memenuhi syarat lalu menyebabkan software crash.

Dan untuk pengetahuan korang, Bluestacks ini juga boleh digunakan pada tablet-tablet touch screen Windows. Ia dikatakan mampu beroperasi tanpa masalah pada Windows 8. Untuk kaki-kaki try, boleh lah download software ini di laman page rasminya, Bluestacks.com. Terdapat juga didalam versi Mac.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Aggregator Malaysia

Uncle Seekers buat perangai lagi