in ,

Anda Tak Akan Menyesal Makan Di Foodtruck Bangi


Sudah menjadi kebiasaan buat diri aku untuk mengisi perut yang kelaparan dengan menjamu selera dikedai-kedai makan yang terdapat di sekitar Bandar Baru Bangi.

Pelbagai restoran dan kedai makan telah dicuba, ada yang sedap, ada yang kurang sedap, ada yang mahal dan ada yang murah.

Malam tadi, aku tertarik pula untuk cuba menjamu selera di B.F.C Bangi Foodtruck Seksyen 3 yang mana lokasinya terletak tidak jauh dari rumah aku.

Foodtruck Seksyen 3 Bangi

Dengan kapasiti sebanyak 7 buah jenis foodtruck yang berbeza penawaran menu makanannya, aku ditemani oleh Lan Careno a.k.a blogger hipster, telah memilih foodtruck yang diberi nama Borak Time Rumble untuk dijadikan penyaji makanan kami pada petang itu.

Antara menu yang dicuba, Granny Roast Chick’s, Borak Chick’s Chop & Borak Lamb Chop.

Granny Roast Chick's, Borak Chick's Chop & Borak Lamb Chop

First impression berkenaan dengan makanan yang disajikan kepada kami, penyampaiannya agak bersih dan kemas sehinggakan anda merasa seperti sedang menjamu selera disebuah restoran.

Bagaimana pula dari segi rasa?

Perfect. Coleslaw menepati citarasa kami dengan rasa lemak, masam dan manis. Manakala daging ayam dan kambing pula diperap dengan baik, dimasak secara tidak berlebihan sehinggakan kelembutannya masih terasa.

Borak Chick's Chop
Borak Chick’s Chop – Besar, penuh pinggan. Hinggakan terpaksa dipotong tiga.
Borak Lamb Chop
Borak Lamb Chop – Sosnya sangat sedap. Ahh.. kecur air liur.
Granny Roast Chick's
Granny Roast Chick’s – Menggunakan resipi turun temurun yang dibawa datang dari Australia. No wonder lah sedap. Hoho.

Dan jika dibandingkan dengan harganya, anda jangan terkejut. Cuma RM9 untuk Granny Roast Chick’s, RM8.80 untuk Borak Chick’s Chop & RM12.50 untuk Borak Lamb Chop.

Borak Time Rumble Foodtruck Menu

Manakala untuk penghilang dahaga, kami memilih special homemade nescafe dan teh susu, dimana kami difahamkan ia adalah resepi unik yang dicipta sendiri.

Special Homemade Nescafe & Teh Susu

Dijual pada harga RM3 setiap satu botol, nescafenya pekat dan KAW. Manakala teh susu pula mempunyai rasa yang lain daripada yang lain apabila sejurus anda meneguknya dari botol, anda akan dapat merasakan seperti ada dua perisa didalamnya iaitu sirap bandung dan teh susu. Sedap!

Aku yang sebenarnya kurang gemarkan teh susu pun, mampu nak habiskan satu botol (kalau bukan kerana Lan yang punya, mungkin awal-awal lagi dah habis aku minum.. Hahaha).

Secara keseluruhannya, kunjungan kami ke sini diakhiri dengan kekenyangan dan rasa puas hati.

InshaAllah, pada masa yang akan datang mungkin akan serbu foodtruck-foodtruck lain pula.

Yelah, 7 foodtruck kesemuanya. Tangki perut kami bukannya besar sangat nak makan semua benda sekaligus. Hahaha.

Find My Truck Foodtruck

KGP Kool Foodtruck #Sodapbona

D Sara Friend Chicken Foodtruck

Kopi Cup TokOne Foodtruck

Tok Piah Restaurant Foodtruck

Lepak di Foodtruck Bangi

Difahamkan oleh pemilik foodtruck Borak Time Rumble, keseluruhan foodtruck disini adalah dibawah persatuan BFC yang mana setiap satu daripadanya mempunyai speciality mereka yang tersendiri.

Anda boleh cuba datang kesini dari jam 6.30 petang sehinggalah jam 11.00 malam untuk merasainya sendiri kelainannya.

Borak Time Rumble Foodtruck

Jadi kepada food-food hunter sekalian, silalah rancang masa anda ya untuk terjah foodtruck-foodtruck BFC Seksyen 3 ini. For sure, berbaloi punya.

Nota: Dalam lingkungan 7.30-8.00 malam, kesemua foodtruck akan menghentikan operasi mereka buat sementara waktu bagi memberi laluan menunaikan solat Maghrib.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. Best jugak ada foodtruck ni.. boleh ronda2 satu malaysia parking mana2 hehe.. tapi dari segi rules nak parking tu tak kena gaya majlis bandaran kacau juga rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *