Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini Kampung Baru merupakan satu-satunya perkampungan melayu yang masih terselamat dek arus pembangunan yang sedang rancak dijalankan.
Lebih dikenali sebagai syurga makanan bagi warga kota, Kampung Baru menyediakan pelbagai jenis makanan yang rata-ratanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman menikmati keenakan menu western food disalah sebuah kedai makan yang tidak kurang hebatnya, aku bersama rakan KBBA9 telah menjejakkan kaki ke sebuah kedai makan yang dinamakan Pekan Station.
Ibarat berada disebuah kedai makan didalam sebuah pekan, kedai ini dari luarnya nampak bersahaja saja. Tiada dekorasi premium ala-ala sebuah restoran yang berprestij, malah jika dilihat dari gambaran pertama kami tiba kesini.. ia saling tak tumpah seperti sebuah kedai koboi.

Pekan Bukan Sekadar Pekan, Pekan Station Ini Pekan Kotaraya
Menyedari hakikat bahawa kedai makan ini berada didalam lokasi segi tiga emas negara, tidak keterlaluan sekiranya aku menyatakan bahawa kedai ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, scenery yang “rare” ini sudah cukup menarik minat pengunjung apabila ramai diantara kami yang akan bergambar kenangan terlebih dahulu apabila tiba ke kedai ini.

Manakala tarikan yang kedua pula, tak lain tak bukan sudah tentulah menu makanannya.
Ini kerana walaupun penawaran menu makanan adalah menu yang lebih kurang sama seperti menu-menu yang ditawarkan dikedai western food yang lain, tetapi apabila pertama kali kami menerima pesanan yang telah dipesan, keterujaan kami memuncak apabila melihat portion makanan yang disediakan disini agak banyak berbanding kedai-kedai biasa yang kami kunjungi.
Tidak percaya? Lihat saja makanan-makanan yang memenuhi ruang pinggan kami. Banyak kan?


Dari segi rasa pula, jujur kami katakan bahawa makanannya sedap-sedap belaka. Tekstur daging-daging ayam, lembu dan kambing yang lembut diperkayakan dengan perapan yang sempurna hingga menyebabkan setiap bait-bait rasa anda dipenuhi dengan rasa sos dan rempah ratus yang enak.




Malah, pemilik kedai juga tidak lokek untuk meletakkan sos yang banyak bagi setiap menu.
Kegemaran aku ialah Chicken Bleu, dimana ia adalah sajian ayam yang dimasak ala-ala chicken chop kemudiannya dituangkan sos lada hitam serta keju yang banyak diatasnya.

Sekali pandang rasa macam susah nak habiskan. Tapi sedap punya pasal, licin! Hohoho.

Selain daripada pengunjung boleh menikmati western food di kedai ini, Pekan Station juga menawarkan servis food delivery bagi mereka yang berada disekitar kawasan. Dengan pesanan minimum RM30 bagi setiap bil, servis penghantaran ini boleh dibuat kepada kawasan-kawasan dibawah nombor telefon 010-7960648.
- HKL
- Hospital Pusrawi
- IJN
- Kg Baru Medical Centre
- Sekitar kawasan Kg Baru, Kuala Lumpur
Info tambahan:
Pihak pengurusan Pekan Station sering mengemaskini info-info serta mengadakan promosi-promosi terbaru mereka melalui laman media sosial. Jadi, sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang info-info serta promosi-promosi yang bakal diumumkan, jangan lupa untuk like dan follow laman Facebook dan Instagram mereka seperti yang dikongsikan dibawah ya.
Pekan Station
61, Jalan Raja Uda, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Web: www.pekanstation.my
FB: Facebook.com/PekanStation
IG: @PekanStation
Waktu operasi: 6.00 petang – 1.00 pagi
p.s: Menyesal tak tau tempat ni awal-awal, kalau tak mesti dah jadi port lepak tiap-tiap bulan. Hohoho.
Yummy chicken boxing…
nampak menyelerakan..saya & husben tak berapa gemar ke kawasan kg.baru ni sebab parking susah..memanjang penuh..
Tak pernah lagi try makan dekat sini… In Shaa Allah, satu hari nanti boleh cuba makan dekat sini..
makasih dah ngingatkan
Menyesal betul rasanya ni.