Taraf hidup yang tinggi serta populasi yang bertambah ramai menyebabkan ramai rakyat marhaen di Hong Kong memilih “kotak keranda” sebagai jalan alternatif untuk dijadikan tempat kediaman. Dengan anggaran saiz sebesar 15 hingga 120 kaki persegi, selalunya “kotak keranda” ataupun lebih elok dipanggil sebagai kabin ini, dibina secara haram oleh pemilik apartment dengan meletakkan dinding-dinding pembahagi untuk membolehkan mereka yang berminat untuk menyewa.
Daripada aktiviti memasak sehinggalah tibanya waktu untuk tidur, kesemua aktiviti harian dijalankan didalam kabin ini. Malah ada yang lebih teruk apabila terdapat juga kabin yang di”pakej”kan bersama mangkuk tandas.
Walaupun dilihat agak menyesakkan nafas untuk hidup didalam kabin kecil ini, difahamkan seorang lelaki tua bernama Wong Tat-ming, 63 yang menghidap sclerosis terpaksa memilih untuk tinggal disebuah kabin bersaiz 18 kaki persegi dengan kadar sewa HK$2,400 (kira-kira RM1300) sebulan.
Di Kuala Lumpur, jika korang teringin untuk mendapatkan feel bagaimana mereka ini tidur dalam kabin yang kecil, mungkin korang boleh cuba menyewa di UFO Capsule Hotel. Setiap capsule yang ditawarkan disana saiznya lebih kurang sama saja dengan “kotak keranda”, dan terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti tilam empuk, bantal, WiFi dan juga aircond.
Tetapi, sanggup ke korang untuk berkorban tidur dari atas katil yang luas dan empuk kepada ruangan tempat tidur yang hanya muat-muat badan saja? Hehehe
Sumber: nationalgeographic.com
IQ sendiri rasa macam sesak nafas tidur dalam bilik kecil dan kedap macam tu, bersyukur dengan apa yang ada sekarang, Alhamdulillah