Aksi jerit menjerit memang dah sebati dengan jiwa Khair. Tiap-tiap hari kalau tak menjerit memang tak sah.
Pantang apa yang diminta tak diberi, dia menjerit.. tengok video ataupun siaran TV yang dia tak suka, dia menjerit.. bila rasa nak marah, dia menjerit.. minta cium pipi daddy dan ibu pun kadang-kadang dia menjerit.
Aduhai..
Kalau setakat menjerit perlahan tu tak apa lah jugak. Ini tidak, setiap kali menjerit boleh bingit telinga. Lebih-lebih lagi bila tengah berdukung, tiba-tiba dia menjerit sebelah telinga.. Pehh.. terasa semacam gegendang telinga nak meletup je. Sakit woo.

Khair.. Khair.. jeritan nyaring, kuat mengalahkan suara budak perempuan.
Fikir positif: Mungkin satu hari nanti agaknya jeritan kuatnya itu akan bertukar menjadi alunan bacaan Al-Quran yang sedap didengar. Insha Allah.
hahaha sian kena tocang… ni mesti baru merasa keseronokkan menjerit kot.. hahahaha
kalau menjerit dalam kereta ni, bingit habis. insyaAllah boleh jadi Qari nanti tu.
Anak-anak saya pun macam tu juga… Terutamanya anak ke 2 saya, Adam… Baby Naila pun sekarang ni dah mula belakar menjerit… Padahal sama lahir dulu, diam jer…
anak bujang kitorang pun camtu jugak..kalau dia menjerit memang bingit habis la telinga di buatnye..sampai jiran pun dah tau dah perangai dia..hihi
biasalah tu. budak sekolah pun memang suka menjerit tak tentu pasal.
Biasa la tu kan bro. Lepas ni kena pakai earbud agaknya. Hehe
Pernah juga la alami pengalaman telinga bernanah dek jeritan anak anak ni.haru biru mak jadinya
Wow..sampai bernanah telinga. Terlampau kuat jeritnya tu. Hoho
Hahaha….Nk bgtau betapa kuatnya jeritan anak AA.sampaikan selang satu blok rumah pon bole dengar
Hehe namanya juga anak kcl ada aja tingkahnya,,,
yah mudah mudahan jeritan itu akan menjadi lantunan suara ayat ayat Al qur’an