Anak Nombor Tiga Banyak Cakap, Suka Buli Abang


Sekarang ni Haziq tengah mood banyak cakap. Almaklumlah bila dah umur 2 tahun lebih. Apa saja yang orang sembang, dia akan ikut sebut. Paling best, kalau dulu satu dua perkataan je dia boleh sebut. Tapi sekarang.. dia dah boleh sebut 3 patah perkataan dalam satu ayat sekaligus.

Tambah dengan slang pelatnya lagi.. bila dengar je dia bercakap, adoyai.. satu perasaan gembira yang mak ayah je yang dapat bayangkan. Rasa happy ada, rasa terharu, rasa geram.. Eee! nak gigit mulut pun ada. Hahaha

Ane dooit shaye (mana duit saya)..

Nak dooit shayeee (nak duit saya)..

Ane abang (mana abang)??..

Abang g skooool (abang pergi school)..

Lepas tu ayat yang paling banyak dia sebut pulak..

Angan laaaa (Jangan lah)..

Kacau sikit.. geletek sikit.. terus dia kata lagi..

Angan laaaa (Jangan lah)..

Epi laa (tepi lah)..

Bila ambik barang mainan dia pulak.. dia kata..

Ni adik unye (adik punya)..

Sumpah rasa comey. Well, mak ayah mana tak ngaku anak comey kan. Hahaha

Kalau bab perangai nakal pula, contoh; bila dia sepah-sepah kan ruang tamu rumah. Ibu tanya siapa buat? Laju je dia jawab..

Abang uat (abang buat)..

Abang uat (abang buat)..

Haih.. abang yang duduk dekat, jeling semacam. Sabar la ye abang Khair. Adik awak memang macam ni. Haziq buat, abang yang jadi mangsa. Abang pegang barang, dia mengamuk nak pegang barang yang sama. Abang makan, benda sama juga dia nak makan.

Pendek kata, ada je benda yang dia tak puas hati dengan abang Khair. Sampai satu tahap bila abang Khair dah marah sangat, dia membebel

Abang nak pindah rumah la, tak nak duduk dengan adik lagi..

Adik duduk sorang-sorang.. taknak kawan adik..

Hohoho.. Tapi marah-marah pun, time dia geram marah je la. Bila dah masuk waktu malam nak tidur, dia jadi abang penyayang. Dia baring sebelah-sebelah.. lepas tu cuit-cuit pipi Haziq. Geram katanya, bulat macam pau.

p.s: Betul ke anak nombor tiga banyak cakap dan suka buli abang? Entah lah.. Tajuk tu aku main letak je. ;p


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini

CommentLuv badge