in

Amalkan 6 Makanan Ini Untuk Bantu Membakar Lemak Degil Dalam Badan


Kadang-kadang tak semestinya orang yang berbadan langsing tak mempunyai lemak-lemak degil di tubuh badan mereka. Cuba selak baju korang, ada tak spare tayar yang melekat diperut? Ada kan? Paling kurang pun satu.

Ada orang yang cuba buang spare tayar ini dengan melakukan senaman, tetapi selalunya tak semua orang berjaya melakukannya dengan mudah. Ya lah, bersenam pun seminggu sekali. Lemak yang terkumpul di perut korang pun gelak secara berjemaah.

Tetapi tahu tak korang melalui pemakanan juga boleh membantu membakar lemak-lemak degil ini?

Ya, betul.

Melalui pengambilan makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan, korang bukan sahaja membantu tubuh membakar lemak secara diam-diam. Malah melalui cara ini, korang juga boleh enjoy makanan tersebut tanpa rasa terkongkong dengan hanya makan sayur-sayuran saja.

Antara makanan yang dimaksudkan adalah:

1. Tuna

Ikan tuna ataupun kalau orang Melayu kita panggil, ikan tongkol atau ikan aya. Ikan jenis ini kaya dengan asid lemak Omega-3, yang berperanan untuk merangsang penghasilan leptin.

Apa itu Leptin? Leptin adalah sejenis hormon yang membantu badan kita meningkatkan rasa kenyang. Pendek kata, korang makan ikan tuna, korang rasa akan lambat untuk rasa lapar balik.

Selain daripada ikan tuna, terdapat juga ikan lain yang juga kaya dengan Omega-3 iaitu ikan salmon, makerel ataupun sardin.

2. Emping Oat (Rolled oat)

Oat merupakan antara makanan popular untuk melambatkan rasa lapar. Disamping ia membuatkan kita sentiasa kenyang, pemakanan oat memerlukan tenaga yang banyak untuk dicernakan.

Tenaga yang banyak bermaksud pembakaran kalori yang lebih diperlukan oleh badan. Jadi melalui proses pembakaran kalori yang banyak ini secara tidak langsung digunakan daripada lemak-lemak degil yang terkumpul dibadan korang.

Untuk menikmati oat ini, paling mudah cari saja emping oat. Kemudian bancuh dengan susu sehingga ia kembang sebelum dimakan. Ataupun korang juga boleh buat overnight oat ataupun cookies mengikut resipi masing-masing.

3. Teh Hijau

Teh hijau, minuman anti oksidan yang mengandungi epigallocatechin gallate (EGCG). Ianya berfungsi meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dengan merangsang sistem saraf tanpa meningkatkan kadar denyutan jantung.

Dipercayai dengan meminum teh hijau disertai amalan melakukan senaman mampu membakar lebih banyak kalori dalam badan berbanding mereka yang bersenam tanpa meminum teh hijau.

Tapi teh hijau yang dimaksudkan adalah minuman teh hijau kosong ya. Bukan teh hijau yang dah diproses menjadi kek, ataupun menjadi milk shake teh hijau. Itu tak mengurangkan kalori, tetapi menambahkan lagi banyak kalori.

4. Cili

Ini berita baik untuk mereka yang suka makan makanan pedas. Dalam cili yang dimakan oleh korang, terdapat satu bahan kimia yang dikenali sebagai capsaicin. Capsaicin ini dikatakan dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan korang.

Menurut kajian sains, selain membuatkan korang rasa panas dan berpeluh ketika memakan makanan yang pedas, hidangan yang pedas mampu meningkatkan kadar metabolisme dalam badan sehingga 25% untuk tempoh 3 jam selepas makan.

Amacam? Menarik tak? Jadi, bermula hari ni korang boleh amalkan makan nasi dengan cili potong ataupun masak lauk kasi pedas-pedas sikit ya.

5. Kopi

Okay, die hard fan kopi mesti suka dengar fakta ini. Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolik mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein.

Jadi, untuk membantu membakar lemak-lemak degil dibadan korang, apa kata korang teruskan minum kopi ber-kafein. Cuma jangan amalkan letak gula yang berlebihan pula, nanti tak ada kesan walaupun minum banyak-banyak. Gula berlebihan kan punca obesiti.

6. Air

Last but not least, air. Kalau korang nak tahu, sekiranya badan kita kurang air, kadar metabolisme pun akan menurun. Sekiranya kadar metabolisme menurun, lemak-lemak degil boleh mula terkumpul.

Jadi untuk mengelakkan lemak-lemak degil mula terkumpul didalam badan korang, amalkan minum air secukupnya setiap hari. Tetapi air yang dimaksudkan, adalah air putih. Bukan air berperisa atau air berkarbornat ya.

Air, selain mengekalkan hidrasi badan, ia juga membantu melancarkan proses penghadaman.

Satu tips menarik, amalkan minum air sejuk kerana badan akan terpaksa bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Trick-nya, guna lebih kalori, peratus untuk lemak berkumpul lebih rendah. Senang kan? Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. teh hijau boleh diminum kalau perut tak kosong. jgn minum ketika perut kosong.. boleh membahayakan badan .

    Nasihat peminum tegar green tea hahaha

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *