in ,

Alamanda Dah Ada Butik Himalaya, Makin Mudah Nak Beli “Neem” Skin Wellness


Alamanda dah memang jadi shopping mall favourite aku sejak mula-mula menetap di Bandar Baru Bangi lagi. Terutamanya apabila nak mencari sesuatu barang keperluan harian, memang disinilah aku datang mencari. Kelebihannya berkunjung kesini dek kerana jaraknya yang dekat dengan rumah aku, sekaligus menjimatkan minyak kereta serta secara tak langsung tak memenatkan aku untuk bergerak kesana kemari.

Baru-baru ini, kunjungan aku kesana untuk membawa anak-anak window shopping, ternampak satu butik baru produk ternama di level G berdekatan dengan eskalator, iaitu butik Himalaya. Seperti ramai yang sedia maklum, Himalaya Herbal Healthcare ini adalah satu jenama kesihatan dan aku salah seorang penggunanya.

Jadi, bila ternampak kewujudan butik ini di shopping mall kegemaran aku pulak tu, jadi ia sedikit sebanyak menaikkan perasaan teruja aku. Butik Himalaya ini jika dilihat dari jauh, tak macam butik-butik lain yang ada shop lot tertutup masing-masing. Akan tetapi butik Himalaya didirikan ditengah-tengah ruang pejalan kaki. Open space gitu.. dan kalau tengok dari atas pun boleh nampak produk-produk dan pengunjungnya. Hehehe.

Well.. bercakap tentang butik Himalaya, alang-alang aku nak sentuh sikit la jugak kan tentang salah satu produk mereka yang menarik, iaitu Neem – produk yang dicipta khusus untuk pengawalan jerawat yang dikeluarkan dibawah rangkaian Himalaya Skin Wellness.

Himalaya “Neem” Skin Wellness menggunakan 100% bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan herba selain itu ianya juga bebas daripada gula, warna tiruan, perisa buatan, pengawet, dan bahan gelatin.

Dan untuk makluman korang, penggunaan Neem by Himalaya ini secara khususnya membantu melawan jerawat dengan menghalang bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Malah dalam masa yang sama ianya mengurangkan keradangan kulit yang disebabkan oleh bakteria yang menyebabkan jerawat, serta mempunyai ciri-ciri detoksifikasi bagi membantu mengurangkan kesan merosakkan sel radikal bebas dan, membantu meremajakan kulit.

Okay.. untuk makluman korang juga, sekiranya korang tertanya-tanya apakah itu “Neem”? Dalam bahasa melayunya ia adalah daun semambu ya. Neem tu nama inggeris-nya. Haa.. kenal kan?

Dari segi klinikalnya, daun semambu memang ideal untuk merewat kulit berjerawat dan juga ianya juga membantu mereka yang mengalami alahan dan jangkitan kulit yang lama.
So, korang kalau ada masalah kulit seperti yang dinyatakan boleh lah cuba produk Neem ni ya. Lagipun, nak cari pun tak susah dah.. dah makin banyak butik-butik Himalaya banyak dah dibuka di shopping mall.

Untuk detail Himalaya Neem dan produk-produk Himalaya yang lain, korang boleh layari www.himalayaherbals.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *