Entri kali ni bukan entri yang panjang berjela. Cukup sekadar menunjukkan bukti bahawa Hafiz dah tak takut akan jarum suntikan bius doktor gigi. Sebelum ni kalau nak pergi klinik gigi je, mesti terbayang jarum bius yang besar gedabak. Ngeri tu..
Kenapa dah tak takut? Sebabnya tadi Hafiz baru je selesai buat rawatan gigi. Akar gigi geraham dah mati. Gusi berdenyut-denyut dari semalam lagi. So, doktor bius dan buangkan akar gigi yang dah mati tu. Hmm..Nanti bila orang tanya, “Sakit tak kena cucuk bius?”. Hafiz pun dengan selambanya menjawab “Tak sakit pun, tak rasa apa-apa. Semut gigit lagi sakit.” Hehehe. Berlagak tak? 😛
p/s: kalau ikut kan mula-mula tadi cuak jugak. Nasib baik jarum zaman sekarang dah kecik.
Bulan lepas saya buat scaling gigi di klinik kerajaan. Boleh tahan sakitnya.
scaling belum pernah buat..macam nak buat, tapi tak tahu bile..kalau bro kata sakit, kena postpone dulu la ni tu..hehehehe
jarum kecil atau besar, sakit tu tetap tak nak hilang hehe
betul bro..setuju..jarum bius tu memang jahat..hahaha
kak jie pernah pengsan hanya selepas di suntik bius oleh doktor gigi
sejak hari tu…memang fobia bab gigi ni
lepas bius kita kena keluar dulu, masa jalan tu….jatuh
sedar² dah terbaring atas kerusi doktor..hihihi
wow..ni fobia lagi dahsyat..tapi untung dapat baring atas kerusi doktor..hehehehe
Last pergi klinik gigi tahun lepas utk scaling. Buat ngan member praktikal dr gigi..boleh plak tergelak time scaling tu..hehe
kalau dah sakit gigi sangat, kena injection bius 2~3kali pun tak kisah. tapi habis je bius n cabut gigi, malam nak tidur tu nasib le…silap2 meleleh air mata..heee
bro, itu la yang jadi mimpi ngeri tu..hehehe
saya takut, dah lama sangat x jumpa doktor gigi, tp saya tahu akan sampai nanti masa saya kena pi gak, adehh
kalau taknak jumpa doktor, kena jaga gigi elok2 bro..kalau tak mimpi ngeri nanti..hehehe
Kalau tak silap, sakit gigi sakit kedua paling sakit di dunia. 5 bulan lepas tak silap, saya ada cabut gigi, sebab gigi dah sakit sangat 1 tahun berdenyut2. Sebenarnya cabut gigi tak sakit pun, kena bius sudah kan.
oo yeke..baru tau..huhu..sakit paling sakit plak ape bro?
mmg tkt utk jumpa doktor gigi. 2 btg gigi geraham saya dh dibuang sbb berlubang teruk sgt. tp waktu cabut tu, mmg admire cara doktor tu pusing2 gigi sblom tarik. huhuhu
aku lagi tak takut…ha5…koya!