Dah jadi rutin harian dimana setiap petang hari bekerja Hafiz akan tunggu ketibaan isteri dihadapan hentian Star LRT Masjid Jamek, KL. Macam-macam ragam manusia dapat dilihat. Bunyi deruman ekzos pelbagai jenis kenderaan, tak kira dari badge yang mahal atau pun yang murah bagaikan hidangan minum petang wajib bagi telinga Hafiz.
Masa ini ramailah warga kota berpusu-pusu nak pulang ke rumah masing-masing. Ada yang berlari nak kejar LRT, ada yang berdiri tegak tepi jalan tunggu teksi. Tatkala menunggu, kadang-kala pernah juga Hafiz disapa pelancong-pelancong yang bertanyakan arah. Yang handsome ada, yang cantik ada, yang tua pun ada. Walaupun database GPS kurniaan Tuhan (otak) ni tak berapa nak up-to-date, tapi Hafiz cuba jugak bantu setakat mana yang boleh.
Dalam tempoh menunggu lebih kurang sejam itu, selalunya hanya tong sampah milik DBKL yang jaraknya lebih kurang 6 langkah sudi jadi teman. Biarlah ramai orang kutuk tong sampah tu busuk ataupun jijik..yang pasti bagi Hafiz, sebenarnya tong sampah bukan sekadar tempat menyimpan sampah buangan, tapi boleh diibaratkan sebagai TV LED Samsung berskrin 55″ bersiaran rancangan realiti kehidupan yang sedia memberi sinar harapan kepada seseorang.
Disitu Hafiz dapat lihat sendiri, betapa ramainya orang-orang terbiar di ibu kota yang bergantung harap pada sebuah objek yang dipanggil tong sampah. Tanpa mengira waktu dan risiko jangkitan kuman..hampir setiap masa pasti ada yang akan datang menyelongkar. Semata-mata untuk mendapatkan secebis makanan bagi menghilangkan rasa lapar.
Gambar: Tong sampah yang banyak berjasa. Abaikan awek-awek dekat motor tu
Tak kurang juga ada diantara diorang yang mungkin tidak begitu terdesak, menggeledah mencari kertas-kertas dan tin-tin untuk dijual. Jika nasib baik lebih baik, adalah yang terjumpa barang-barang terpakai yang dibuang orang. Masa tu bolehlah jugak merasa walaupun barang itu hanya sebuah kaca mata hitam murah yang lensenya sudah pecah sebelah.
Agak kasihan sebenarnya kalau difikirkan balik, lagi-lagi bila dilihat rata-rata semuanya berbangsa Melayu. Tak dapat dikenal pasti punca kenapa diorang berkeadaan begitu, terlalu banyak sebab yang boleh dikaitkan. Mungkin disebabkan tekanan hidup ataupun mungkin juga kesilapan memilih jalan hidup pada masa silam. Wallahualam.
p/s: Selalunya waktu tunggu isteri, ada je yang datang minta belas simpati. Kadang-kadang kalau ada duit lebih Hafiz hulur juga seringgit dua. Mana lah tau, hari ni hari dia perlukan bantuan. Esok lusa hari kita pulak.
Tempat paling sibuk dengan manusia 🙂
tempat paling menyakitkan hati jugak kalau drive kereta..hehehe
agaknya kesempitan hidup yang memaksa dorang jadi macam tu kan..
mungkin jugak tu bro
Selalu jugak berada di sini untuk tukar train LRT setiap petang..
kalau bro kenal saya, nampak tu tegur2 la. =)
Salam Hafiz..
Sedihnya baca entri ni. Tong sampah ini tempat mereka bergantung nasib.. KESIANNYE! 🙁
Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.
betul tu..bersyukur dengan apa yang ada..paling penting jangan takbur dan riak
mungkin warga tua yang di biarkan oleh anak-anak mereka, mungkin mereka mahu berdikari sendiri, tapi apakan daya, nak cari kerja kat kedai2 memang susah, yang termampu itu je yang mrk boleh buat untuk mencari sesuatu untuk meneruskan hidup
dekat sini pun saya selalu juga nampak orang2 menyelongkar tong sampah mencari makanan..
diaorang golongan gelandangan, tiada rumah n pekerjaan. mungkin diaorang sebahagian yg masuk tv tak lama dulu.
mereka ini kalo gunakan skill dan bakat yang ada, boleh lah kasi manfaat sket kan.. cam buat blog ke.. haha
Bro kurang berminat nak ke Masjid Jamek. Selalu g sana pun sebab nak tukar train menghala ke destinasi lain.
Ni pun pergi sebab tanggungjawab bro..kalau tak, memang malas nak jejak kaki..=P
jarang sangat g sana 😀
tempat paling sesak kalu hari jumaat..